Telaga tiub tak cukup tampung bekalan air di UMS – Timbalan Menteri KPT

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Gangguan bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) masih berlaku kerana kemudahan telaga tiub dibina hanya mampu membekalkan 1 juta liter air sehari sahaja.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, sedangkan keperluan sebenar warga kampus iaitu sebanyak 5 juta liter sehari.

Ahli Parlimen Sepanggar itu memberitahu kawasan diwakili beliau turut meliputi kampus UMS.

Tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk projek penggalian telaga tiub sebagai langkah alternatif membantu menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di semua kolej kediaman UMS

Semua projek berkenaan telah siap pada Julai.

Bagaimanapun, Mustapha berkata, sumber air utama daripada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) amat diperlukan untuk menampung keperluan bekalan air khususnya kolej-kolej kediaman mahasiswa.

Katanya, beliau juga sudah menghubungi Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor untuk mengarahkan jabatan terbabit memastikan kestabilan sumber air ke UMS.

“Sebagai langkah jangka masa panjang, kerajaan negeri perlu mempercepat pelaksanaan projek paip utama dari loji rawatan air Telibong untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat.

“Kami dimaklumkan projek tersebut agak perlahan disebabkan jajaran lebuhraya Pan Borneo yang masih dalam pembinaan,” lapor FMT pada Khamis.

Media sebelum ini melaporkan kekecewaan mahasiswa universiti terbabit terhadap sistem pengurusan keperluan asas di UMS, menyebabkan mereka tertekan dengan gangguan bekalan air yang sering berulang.

Mereka turut menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak berdiam diri mengenai kebajikan pelajar yang terjejas akibat masalah air.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat