Umno bukan minta perkara tak wujud, afidavit MB Pahang mesej paling kuat -Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Apabila Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail failkan afidavit menyokong afidavit Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ia mesej yang paling kuat daripada Umno.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi menjelaskan, Zahid adalah Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri.

“Manakala Wan Rosdy pula adalah Naib Presiden kanan Umno dan MB Pahang. Itulah setiakawan Umno membela Najib.

“Justeru, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu komited melaksanakan titah adendum itu.

“Umno bukan minta perkara yang tidak wujud,” tegas Puad.

Menurut Speaker DUN Johor itu lagi, Kerajaan Madani wujud atas prinsip menerima dan menghormati titah nasihat Yang di-Pertuan Agong ke 16 ketika itu.

Justeru gesa beliau, adalah amat wajar titah adendum itu juga dihormati oleh Kerajaan Madani.

“Umno konsisten dan tidak menikam serta bercuriga,” ujar Puad.

Wan Rosdy memfailkan afidavit tersebut menerusi firma guaman, Tetuan Shafee & Co, di Mahkamah Tinggi, pada Selasa minggu lalu.

Naib Presiden Umno itu berkata dia dimaklumkan mengenai titah diraja itu oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan, Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam satu mesyuarat pada 30 Januari.

Beliau merupakan pemimpin kedua daripada Umno selepas Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit berkaitan titah diraja mengenai tahanan rumah terhadap Najib.

Dalam affidavit Wan Rosdy berkata, selain dia dan Zahid turut hadir pada mesyuarat itu ialah Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah memberitahu bahawa ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Aging XVI telah pun keluarkan keputusan permohonan pengampunan (keputusan pertama) iaitu mengurangkan perintah penjara sebanyak 50 peratus dan hukuman denda pula kepada RM50 juta sahaja.

“Kedua, dengan terbit keputusan pertama, ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI telah mengeluarkan satu lagi perintah (perintah adendum) yang memerintahkan supaya pemohon menjalani dengan serta merta hukuman penjaranya di dalam keadaan di rumah kediaman pemohon dan bukan di mana-mana penjara,” kata Wan Rosdy.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat