Dua syarikat dipilih Kabinet teruskan operasi Menara KL

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Syarikat LSH Builders Sdn Bhd dan Servis Master Sdn Bhd yang melakukan kerjasama telah dipilih untuk meneruskan operasi Menara Kuala Lumpur.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini selepas menilai proses permintaan untuk cadangan lima syarikat yang membida tender bagi meneruskan operasi menara tersebut.

“Syarikat LSH Best Builders ini didapati memenuhi syarat-syarat dan tidak ada apa-apa isu dilakukan. Semua saringan dari segi integriti dan tidak timbul isu dan sekarang proses seterusnya adalah pengeluaran surat kepada syarikat tersebut,” katanya pada sidang media, di kementeriannya, di Putrajaya, lapor MalaysiaGazette pada Rabu.

Fahmi yang merupakan jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, syarikat berkenaan akan mengendalikan pengoperasian di menara itu dengan konsesi selama 20 tahun.

Ujarnya, semua syarikat yang ingin terlibat dalam proses tender itu perlu mempunyai keupayaan kewangan sekurang-kurangnya RM18 juta.

Media sebelum ini melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berhubung isu pengambilalihan pengurusan Menara KL yang didedahkan di media sosial.

Isu pengambilalihan pengurusan Menara KL tular di media sosial apabila orang ramai mempersoal keputusan TM melalui anak syarikatnya, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd memindahkan pemilikan penuh mereka kepada syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd.

Satu akaun Twitter dikenali sebagai @FreeMsian mendakwa Menara KL yang menjana pendapatan RM66 juta pada 2019 dengan untung bersih RM25 juta itu sebagai ‘cash cow’ dan pemindahan saham itu tidak dihebahkan kepada umum.

Susulan itu SPRM menahan dua pengarah kanan syarikat bergelar ‘Datuk’ bagi membantu siasatan pembelian saham dan isu pengambilalihan pengurusan Menara KL.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat