Puluhan Ribu Meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Ketereh

- Advertisement -

KETEREH: Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Ketereh meriah dengan kehadiran puluhan ribu pengunjung.

Menurut Ahli Parlimennya, Tan Sri Annuar Musa, sambutan kali ini mendapat sambutan luar biasa sejak sekian lama.

“Alhamdulillah, terima kasih adik, kakak dan rakyat,

”Pusat Khidmat Parlimen Ketereh di Kompleks YKK Melor dibanjiri puluhan ribu rakyat dan merupakan sambutan paling meriah yang pernah dilihat sejak sekian lama.” kata Annuar Musa melalui catatan Facebooknya pada Sabtu.

Puluhan ribu menghadiri Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Ketereh Di Kompleks YKK Melor, pada Sabtu.

Annuar Musa yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia menjelaskan walaupun majlis itu dijadualkan bermula jam 11.00 pagi namun orang ramai sudah membanjiri Kompleks YKK Melor seawal jam 9.00 pagi.

Jelasnya lagi, majlis sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri tersebut dilanjutkan dengan kehadiran yang begitu ramai walaupun majlis itu sepatutnya tamat jam 4.00 petang.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Ketereh. -SuaraTV

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,590FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat