Kenang Jasa Mahathir Dalam Sejarah Parti – ARMADA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) mengingatkan anggota sayap kepada Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu agar menerima keputusan pemecatan bekas Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan terbuka.

Pengerusi ARMADA, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh dalam satu kenyataan hari ini berkata, pemecatan Mahathir dan empat bekas pemimpin parti yang lain merupakan cabaran politik yang besar dalam parti berkenaan.

“BERSATU sedang berhadapan satu lagi cabaran politik yang besar pada ketika ini. Keahlian terhenti serta merta pada lima ahli parti yang diumumkan semalam menghadirkan sedikit kegusaran di kalangan ahli parti, termasuk sayap ARMADA sendiri.

“Apa sahaja yang berlaku, mesti dilihat melalui perspektif yang betul dan tepat. Sebagai anggota parti, tindakan dan keputusan kita akan “terkait” soal disiplin dan peraturan yang jelas. Kita harus menerima keputusan parti ini dengan terbuka,” katanya.

Walau bagaimanapun, jasa kelima-lima bekas pengasas dan pemimpin parti itu menurutnya, wajar dibeei penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka terhadap parti selama ini.

“Jasa YABhg Tun Dr Mahathir, YB Datuk Seri Mukhriz, YB Syed Saddiq, YB Dr Maszlee dan YB Datuk Amiruddin akan tersemat kemas di dalam lipatan sejarah BERSATU.

“Kita perlu sentiasa sedar dan memahami hakikat bahawa tidak ada individu yang lebih besar dan penting daripada keutamaan parti itu sendiri.

“Ini asas yang mesti dihormati dan difahami dengan jelas. Kita menyayangi pemimpin; namun bila pemimpin tidak menyayangi parti – kita meletakkan parti lebih utama dan menjadi prioriti,” katanya menerusi kenyataan tersebut.

Semalam, (28 Mei 2020), Bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dipecat dari parti itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten Mohammad Suhaimi Yahya melalui sepucuk surat bertarikh 28 Mei sebentar tadi.

Selain Mahathir, turut dipecat ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Amiruddin Hamzah, Maszlee Malek dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat