Menang Atau Mati Kata Maszlee Selepas Dipecat

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Bekas menteri pendidikan berkata pihaknya tidak akan menyerah kalah selepas dipecat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Memetik kata-kata pejuang Libya Omar Mukhtar, wakil rakyat Simpang Renggam itu berkata akan memperjuangkan pemecatannya.

Kami tidak menyerah kalah! Kami menang atau kami mati,” coret Maszlee Malik di Instagram.

Semalam, Mazlee bersama empat lagi wakil rakyat Bersatu dipecat dari parti itu.

Mereka adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Datuk Amiruddin Hamzah.

PPBM dalam satu kenyataan semalam mendakwa lima wakil rakyat itu dipecat kerana berada di blok pembangkang ketika sidang Dewan Rakyat minggu lalu.

Lima wakil rakyat itu kemudiannya dalam kenyataan balas menentang pemecatan tersebut kerana bertentangan dengan undang-undang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat