Adun DAP Sifatkan MP Yang Dilantik Terajui GLC Sebagai Celaka

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu menyelar semua ahli parlimen yang dilantik untuk menerajui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai celaka.

Beliau yang juga merupakan pemimpin tertinggi pusat DAP (CEC) berkata demikian melalui satu kemaskini di laman Facebooknya lewat malam tadi.

“Celaka,” tulisnya ringkas sebagai maklumbalas terhadap hantaran infografik yang dimuatnaik rakannya berhubung senarai lantikan ahli-ahli parlimen tersebut.

Sementara itu penganalisa politik, Dr. Kamarul Zaman Yusof menyifatkan kenyataan Ronnie itu sebagai kurang ajar.

“Ahli CCC DAP, Ronnie Liu Tian Khiew, sekali lagi bertindak kurang ajar dengan mencelakakan MP-MP UMNO, PAS, BERSATU, PBB, GPS dan BEBAS yang dilantik menjadi Pengerusi GLC.

“Peliknya, waktu MP-MP DAP dari Cheras, Bentong, Klang, Kota Kinabalu, Ipoh Timur dan Lanang dilantik menjadi Pengerusi GLC waktu DAP berkuasa dulu tidak pula Ronnie Liu mencelakakan mereka.

“Saya tidak boleh komen di Facebook Ronnie Liu, jadi saya pohon mereka yang boleh komen menegur sedikit kelancangan mulutnya ini,” ujar beliau.

Untuk rekod kerajaan PH pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini turut memberikan lantikan politik kepada para pemimpin DAP bagi menerajui GLC sepanjang 22 bulan menerajui kerajaan.

Antaranya, Ahli Parlimen Ipoh Timur Wong Kah Who yang dilantik sebagai Pengerusi Sustainable Energy Development Authority (SEDA) dan Ahli Parlimen Lanang Alice Lau Kiong Yieng dilantik sebagai Pengerusi National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH).

Turut dilantik ialah Ahli Parlimen Klang Charles Santiago sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Ahli Parlimen Bentong Wong Tack yang mengisi jawatan Pengerusi Malaysian Timber Industry Board (MTIB).

Sementara Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai pula dilantik sebagai Duta Khas berstatus menteri ke China serta Ahli CEC DAP, AJK DAP Sarawak, Dr. John Brian Anthony yang menduduki Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Bintulu.

Selain itu, Setiausaha DAP Sabah, Chan Foong Hin dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA) dan Mantan Penolong Bendahari DAP Pulau Pinang Jeffrey Chew Gim Eam yang menduduki kerusi Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Teluk Ewa.

Tidak ketinggakan Timbalan Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah yang dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat