Pemilik KK Mart akan kemuka representasi kepada Jabatan Peguam Negara terkait pertuduhan stoking kalimah Allah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan dan isteri yang juga Pengarah syarikat sama, Datin Seri Loh Siew Mui merancang untuk mengemukakan surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara atas pertuduhan mereka yang dikaitkan dengan stoking tertera kalimah ‘Allah’.

Peguam mereka, Datuk Rajpal Singh berkata beliau telah diarahkan anak guamnya untuk memfailkan surat representasi itu dan akan berbuat demikian dalam masa satu atau dua minggu selepas meneliti dokumen yang diterima mereka daripada pihak pendakwaan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai masa sebulan untuk berbuat demikian sebelum pengurusan kes pra-perbicaraan pada 10 Jun.

“Kami akan teliti dokumen yang diserahkan kepada kami terlebih dahulu dan meneliti jalan terbaik untuk menyelesaikan perkara itu sebelum menyediakan surat representasi.

“Setakat ini kami belum putuskan apa kandungan surat representasi itu, sama ada (untuk) menarik balik pertuduhan, membuat pindaan atau pertuduhan alternatif… ia belum dipastikan lagi,” katanya selepas prosiding sebutan kes di hadapan hakim Muhamad Anas Mahadzir lapor BH di Shah Alam.

Rajpal berkata beliau juga akan berbincang bersama Lau Yi Leong, peguam yang mewakili syarikat pembekal stokin, Xin Jian Chang Sdn Bhd dan tiga pengarahnya yang turut didakwa, berhubung penyediaan surat representasi itu.

Perwakilan biasanya untuk memohon penarikan balik atau untuk menurunkan atau mengurangkan pertuduhan yang dikenakan terhadap tertuduh.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azreem Mamat memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan akan menyerahkan dokumen diperlukan kepada pihak pembelaan.

Beliau turut memohon semua kes dibicarakan bersama mengikut Seksyen 170 Kanun Tatacara Jenayah.

Kedua-dua peguam bela tidak membantah dan hakim Muhamad Anas membenarkan permohonan itu.

Mahkamah menetapkan 10 Jun ini untuk pengurusan kes dan status representasi.

Pada 26 Mac lalu, pasangan itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan sengaja melukakan perasaan agama orang lain dengan menjual stoking tertera kalimah ‘Allah;.

Kee Kan dan isteri, Siew Mui didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Turut dituduh tiga individu lain yang juga pengarah syarikat Xin Jiang Chang Sdn Bhd – yang membekalkan stoking tertera kalimah Allah kepada KK Mart.

Goh Li Huay, Soh Hui San dan Soh Chin Huat didakwa bersubahat dengan KK Mart dan berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 298.

Ketiga-tiga mereka yang mempunyai pertalian antara satu sama juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan terbabit.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat