Insiden Pulau Angsa, kotak hitam helikopter APMM di hantar ke Itali – Saifuddin

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kotak hitam helikopter AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang terhempas di perairan Pulau Angsa dihantar terus ke Itali untuk dianalisa.

Menurutnya, keputusan dibuat selepas bermesyuarat mengenai pengeluar helikopter iaitu Agusta Westland AW139 itu yang beribu pejabat di negara tersebut.

“Kami temui sedikit kesan kerosakan yang memerlukan kotak hitam pesawat jenis Agusta Westland AW139 itu terus dianalisis oleh syarikat pengeluarnya (Itali).

Itu lebih selamat untuk kita tahu rakaman yang telah dirakam kotak hitam itu,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri APMM, di sini hari ini.

Terdahulu pada 5 Mac lalu, pesawat yang diterbangkan oleh Leftenan Komander (M) Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria dan disertai Leftenan Komander (M) Mohamad Azrol Saidi bersama kru udara Pegawai Waran I (M) John Ibno serta perenang penyelamat Bintara (M) Muhamad Nurhayyat Hashim terpaksa melakukan pendaratan cemas ketika menjalani latihan menyelamat.

Walaubagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan kotak hitam terbabit ditemui 44 hari selepas pesawat itu melakukan pendaratan cemas ketika melaksanakan latihan menyelamat di sekitar perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat