Malaysia manfaatkan ketegangan AS-China sebagai destinasi pelaburan selamat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketegangan geopolitik antara Amerika Syarikat (AS) dan China telah memberi peluang kepada Malaysia untuk memposisikan dirinya sebagai destinasi pelaburan yang selamat.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan, pendirian Malaysia yang neutral dalam konflik kuasa-kuasa besar akan memelihara Malaysia daripada konflik yang merugikan dan menjadikan Malaysia sebagai pilihan bagi syarikat yang ingin mempelbagaikan rantaian bekalan mereka di rantau ini.

Tengku Zafrul memaklumkan semasa Dialog Strategi Negara (Country Strategy Dialogue) Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berinteraksi dengan lebih 50 orang pemimpin industri daripada pelbagai syarikat global yang berhasrat untuk melabur di Malaysia.

“Malaysia telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memudah dan mempercepatkan proses kelulusan pelaburan,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat