‘Tiada niat tinggalkan Azarra Band’

- Advertisement -

LANGKAH kerjaya seni penyanyi dan komposer, Ejai Aziz bermula dengan kumpulan Azarra Band secara serius pada 2019 dan popular menerusi lagu Alalala Sayang.

Justeru, tidak pernah terdetik langsung di hati Ejai, 34, untuk angkat kaki meninggalkan kumpulan itu seterusnya mengorak langkah sebagai penyanyi solo pula.

Bagaimanapun, kerjasama Ejai atau nama sebenarnya Mohd Azrizal Aziz bersama penyanyi, Ai Wahida untuk lagu duet, Mama Mama akhirnya mencetuskan tanda tanya kepada rakan kumpulan yang lain.

Menurut Ejai, persoalan itu tiba-tiba timbul selepas ada pihak lain cuba ‘menyalakan api’ nak melaga-lagakannya dengan anggota Azarra Band melalui andaian tidak berasas dan boleh mewujudkan salah faham.

“Pada mulanya, semua orang dalam Azarra Band okey dan masing-masing memahami keadaan sebenar. Saya pun tak terfikir untuk meninggalkan rakan lain kerana serasi tampil secara berkumpulan.

“Namun, tak sangka pula ada pihak lain kurang senang apabila melihat saya agak aktif secara sendiri. Jadi, diwujudkan salah faham hingga anggota Azarra Band jadi risau dan sedih.

“Saya menyanyi secara duet untuk lagu Mama Mama kerana Ai Wahida tiada rakan duet ketika itu. Penyanyi lelaki yang patut berduet dengannya tidak berminat dengan alasan genre lagu kurang sesuai dan tak kena dengan vokal.

 

EJAI kesal ada pihak cuba melaga-lagakannya dengan anggota Azarra Band melalui andaian tidak berasas.
EJAI kesal ada pihak cuba melaga-lagakannya dengan anggota Azarra Band melalui andaian tidak berasas.

 

“Jadi, sebagai pencipta lagu dan penulis lirik sudah pasti saya tidak boleh berdiam diri. Bagi saya, keputusan harus dibuat segera dan tak sangka juga vokal saya kena dengan lagu Mama Mama itu,” katanya.

Menurut Ejai, mujur juga penjelasan dibuatnya kepada rakan kumpulan diterima baik. Malah, mereka akhirnya menyokong semula. Namun, dia kesal dengan cubaan campur tangan pihak lain.

Berbicara juga kisah peribadi, Ejai berkata, dia sudah berkeluarga namun tidak didedahkan kepada umum menerusi perkongsian di media sosial.

Katanya, cukuplah hanya dia seorang yang dikenali peminat dan sangat menjaga ‘privasi’ keluarganya.

“Saya suka berkongsi aktiviti kerja seni yang dibuat di Instagram. Bagi saya, biarlah orang ramai kenal dengan bakat saja. Lagipun, saya dan Azarra Band masih baru dalam industri hiburan dan banyak ilmu harus kami belajar.

“Malah, saya pun lebih tenang untuk fokus pada kerja. Sekurang-kurangnya, tidaklah bimbang akan terpalit gosip atau cerita sensasi yang boleh mengaitkan keluarga,” katanya.

Selain Ejai, Azarra Band dianggotai Mohd Hairol Azhar atau Boy selaku pemain dram, Mohammad Khairul Azam Md Yasin (Kidz, pemain gitar) dan Mohd Fauzan Mohammed Rofie (Rop’z, bass).

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat