Ezzaty sanggup buat tiga kali ujian calitan Covid-19

Kuala Lumpur: Pelakon Ezzaty Abdullah, 31, mengambil inisiatif kuarantin diri sendiri serta melakukan ujian calitan Covid-19 sebanyak tiga kali demi memastikan dia sepenuhnya bebas daripada virus terbabit.

Ia susulan dia menjadi kontak rapat dengan seorang pelakon yang disahkan positif virus terbabit baru-baru ini.

Ezzaty mengakui sangat paranoid, memandangkan ini pertama kali dia menjadi kontak rapat. Justeru, dia tidak mahu mengambil ringan hal itu dan tidak akan kembali bekerja selagi belum yakin dengan kesihatannya.

“Saya mula kuarantin diri di rumah sejak 22 April lalu selepas berita ada pelakon positif Covid-19 di set penggambaran saya. Serta-merta saya terus lakukan ujian calitan pertama dan keputusannya negatif.

“Semalam, saya mendapat keputusan calitan kedua yang mana negatif juga dan pihak kesihatan cakap, saya sudah bebas. Bagaimanapun, tempoh kuarantin saya masih berbaki beberapa hari lagi dan esok saya mahu buat ujian calitan kali ketiga.

“Sepatutnya saya sudah kena masuk set penggambaran, tapi tak mahulah pentingkan diri sendiri. Meskipun tiada apa-apa simptom dan keadaan saya sihat-sihat saja, tapi saya nak pastikan ujian ketiga itu negatif selain habiskan tempoh kuarantin,” katanya.

Ezzaty berkata dia tidak salahkan siapa-siapa pun dalam hal itu. Namun, dia berharap mana-mana pelakon atau kru produksi termasuk dirinya sendiri berwaspada dengan lebih tegas apabila bekerja di set penggambaran.

“Kita tak tahu pun siapa yang membawa atau bagaimana virus itu boleh merebak di set penggambaran. Itulah yang harus saya sendiri kena jaga dengan lebih berhati-hati meskipun selama ini memang mematuhi arahan keselamatan sepenuhnya sewaktu bekerja.

“Saya bersyukur mujur pihak produksi termasuk drama The Maid 2 arahan Michael Ang juga faham hal itu. Saya sepatutnya sudah kembali ke set penggambaran sejak 25 April lalu, namun tidak dapat berbuat demikian kerana masih berada dalam kuarantin,” katanya.

Baru-baru ini, tiga pelakon iaitu Laila Nasir, Sweet Qismina dan Farisha Irwayu serta seorang penolong pengarah disahkan positif Covid-19 selepas menjalani penggambaran drama Kiblat Yang Hilang di Hulu Langat, Selangor.

Harian Metro

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan...

Berita Berkaitan

Ramai Instafamous tak berbakat dalam lakonan

Kuala Lumpur: Penerbit Jaja Ishak tidak bersetuju dengan trend pempengaruh (instafamous) yang dipilih sebagai pelakon. Jaja berkata, dia seboleh mungkin cuba mengelak kerana ramai lagi...

Terima kasih bantu Khalis

Kuala Lumpur: "Alhamdulillah banyak pihak perubatan Islam yang bantu dengan rawatan secara jarak jauh. Juga iringan doa daripada sahabat dan peminat serta rakyat Malaysia, keadaan...

Himaya, artis jayakan kempen anti buli siber

Kuala Lumpur: Menyedari masalah buli siber yang semakin parah, Ketua Pegawai Operasi Anggun Kirana Sdn Bhd dan Pengasas Himaya Premium Hijab Medical Mask, Datuk...