Pembakar semangat artis korea

- Advertisement -

PADA usia 73 tahun, siapa sangka impian pelakon Korea Selatan, Youn Yuh-jung menggenggam trofi Oscar menjadi kenyataan baru-baru ini.

Lebih manis, dia mencipta sejarah menjadi pelakon Korea Selatan pertama berbuat demikian selepas dinobatkan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Academy ke-93.

Semestinya pencapaian itu paling besar pernah diraih mana-mana pelakon dari negara terbabit. Bahkan, kegembiraan itu disorak seluruh Asia memandangkan bukan calang-calang siapa yang diiktiraf di anugerah berprestij terbabit.

Bagaimanapun, kejayaannya itu semestinya paling bermakna buat pengkarya seni terutama pelakon dari negaranya sendiri. Berita kemenangannya itu serta-merta dihujani ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis lain.

Ternyata, Yuh-jung benar-benar mencetuskan inspirasi buat industri hiburan Korea Selatan sekali gus menyemarakkan semangat juang mereka mengejar pencapaian sebegitu. Dia membuktikan usia bukan penghalang untuk terus bekerja keras mengejar impian besar itu.

Bagi pelakon Lee Byung-hun yang cukup gah namanya di Hollywood, dia menyifatkan kemenangan Yuh-jung bukti tiada apa mustahil dalam hidup. Dia turut memuat naik foto mereka bersama di Instagram menandakan kebanggaannya.

“Mustahil itu adalah bukan sebuah fakta. Ia cuma sekadar sebuah pendapat,” tulisnya ringkas.

Sebelum ini, mereka pernah bergandingan membintangi sebuah drama komedi kekeluargaan berjudul Keys to the Heart.

Buat pelakon Jeon Do-yeon, kemenangan itu mewakili impian semua anak seni di Korea Selatan yang akhirnya jadi kenyataan. Dia pernah bergandingan dengan Yuh-jung dalam drama The Housemaid dan Beasts Clawing at Straws.

Pernah merasa kegembiraan sebegitu, pelakon Parasite yang juga Filem Terbaik Oscars 2020, Choi Woo-shik akui menangis menonton sejarah tercipta itu.

Menurutnya, berita itu sememangnya paling dinanti ramai di sana.

Tidak ketinggalan, Jung Yu-mi yang pernah muncul dalam program realiti Youn’s Kitchen turut menzahirkan rasa terujanya. Dia mengakui sangat bangga kerana Yuh-jung menjadi yang pertama menang kategori pelakon di Oscars.

Antara rakan artis lain yang turut berkongsi ucapan tahniah adalah Bae Doo-na, Kim Hye-soo, Han Ji-min dan Kim Go-eun. Sehingga saat ini, pencapaiannya itu terus mendominasi tajuk-tajuk utama media.

Susulan kemenangan itu, organisasi Korean Filem Archive juga bakal memberi penghormatan terhadap Yuh-jung. Hasil kerjanya selama ini bakal dipamerkan dalam arkibnya pada pertengahan Mei nanti.

Isnin lalu, nama Yuh-jung menjadi sohor kini selepas lakonan cemerlangnya dalam filem Minari berjaya melayakkan dia menang kategori utama itu.

Menerusi ucapannya, dia mendedikasikan kemenangan itu buat pengarah Kim Ki-young yang menjadi orang pertama memberi peluang kepadanya berlakon dalam filem Woman of Fire pada 1971.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat