PdPR Selama Dua Minggu, Bukan Selamanya

- Advertisement -

Pengumuman Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin mengenai pelaksanaan Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama dua minggu selepas cuti Hari Raya aidilfitri, tidak sepatutnya disalah tanggap sebagai satu langkah tidak konsisten Kementerian Pendidkan Malaysia, dalam menguruskan pembelajaran pelajar ketika pandemik.

Pertamanya, kita harus akui bahawa pandemik Covid-19 ini akan sentiasa menuntut penyesuaian dan penyusunan semula cara hidup kita sehinggalah lebih 70% rakyat menjalani proses imunisasi.

Kedua, PdPR bukan langkah kebelakang tetapi lebih kepada langkah berhati-hati untuk mengurangkan risiko penularan Covid-19 selepas sambutan Aidilfitri. Kita tidak pasti dengan siapa murd-murid ini menyambut hari raya, dan sejauh mana risiko yang mereka ambil dalam merayakannya.

Sekiranya pelajar terus ke sekolah selepas cuti persekolahan, mereka yang belum sempat dikesan positif Covid-19 semasa sambutan hari raya akan menyebarkan pula kepada rakan di sekolah terutamanya sekolah berasrama.

Dengan mengadakan PdPR selama dua minggu dan diikuti oleh cuti penggal selama dua minggu lagi, Kementerian Pendidikan telah mewujudkan tempoh bertenang yang cukup panjang untuk memantau keadaan penularan pandemik ini dalam kalangan pelajar sekolah terutamanya yang akan kembali ke asrama.

Keputusan ini menunjukkan Kemneterian sentiasa prihatin kepada kebajikan pelajar dan mengambil langkah yang berpandangan jauh dalam mengawal penularan pandemik ini melalui sekolah-sekolah.

Pandangan ini jelas dilihat melalui kenyataan Dr Radzi Jidin kepada media beberapa hari lalu.

“Keputusan itu dibuat bagi mengelak risiko jangkitan Covid-19 di sekolah selepas cuti sekolah bagi meraikan perayaan Aidilfitri yang akan bermula 7 Mei nanti. Ini sesuatu yang baharu kita belajar. Jika tahun lalu ketika perayaan Aidilfitri sekolah tutup ketika itu, jadi kita tidak tahu data selepas raya macam mana.

“Kita khuatir terutama mereka yang akan pulang ke asrama kerana menjangkakan ada jangkitan yang akan didapati dari luar, jadi kita ambil langkah ini untuk mengawal penularan tersebut kerana selepas perayaan pelajar berada di rumah lebih lama,”

Apa itu PdPR?

Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) 2020 menyatakan PdPR merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/ atau luar talian dan/ atau off-site dengan berstruktur dan terancang.”

Garis Panduan Pelaksanaan

PdPR dilaksanakan apabila murid tidak dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh yang tertentu atas sebab bencana atau wabak atau sebab-sebab lain dengan kelulusan pendaftar negeri

Bagaimana PdPR Dilaksanakan?

PdPR Real Time Online
Guru akan melaksanakan PdPR secara langsung dalam talian menggunakan:

  • Pelantar pembelajaran seperti Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa), Cikgootube, EduWebTV dan aplikasi media sosial; atau
  • aplikasi seperti Google Meet atau Microsoft Teams secara lintas langsung (live streaming); atau
  • ePermainan (gamification), video, klip audio, eBuku, rakaman atau tugasan

PdPR Luar Talian

PdPR juga boleh dilaksanakan secara luar talian (offline) sekiranya sukar mendapat capaian internet dan pelajar mempunyai akses peranti yang terhad.

Dalam kaedah ini pelajar masih menggunakan peranti seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar bagi tetapi bukan mengikut jadual tetap seperti dalam kaedah online.

1. Guru memberi panduan dan kerja menggunakan buku teks atau bahan pembelajaran lain.

2. Guru boleh memuat turun bahan-bahan PdP dalam bentuk video, audio, slaid, nota dan latihan daripada sumber asal di pelantar pembelajaran seperti Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa), Cikgootube, EduWebTV dan aplikasi media sosial serta ePermainan (gamification), video, klip audio, eBuku untuk diberikan kepada pelajar.

3. Proses memuat turun bahan boleh dilakukan oleh murid semasa mereka mempunyai akses internet dan peranti yang diperlukan.

Masa PdPR Secara dalam talian
Pelaksanaan PdPR memerlukan murid menggunakan peranti berskrin seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar dalam tempoh tertentu. Masa penggunaan peranti ini dikenali sebagai tempoh layar (screen time) murid.

Tahap Persekolahan Tempoh Waktu Layar Sehari

    Prasekolah 1 jam
    Rendah 1-2 jam
    Menengah rendah 2-3 jam
    Menengah atas 3-4 jam

PdPR secara off-site

 

Ini merupakan kaedah pembelajaran yang berlaku di lokasi seperti di pusat komuniti, atau di mana-mana premis yang diisytiharkan sebagai pusat pemindahan sementara akibat bencana atau wabak.

Pembelajaran boleh berlaku secara kendiri atau dengan bimbingan Academic Support Team (AST) yang terdiri dalam kalangan pegawai PPD atau guru sekolah yang dilantik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat