Awan Berbentuk Kapal Selam KRI Nanggala 402 Buat Netizen Terpaku

SEBUAH video awan yang dikatakan mirip seperti kapal selam KRI Nanggala 402 yang tenggelam pada Rabu lalu, tular di media sosial.

Video berkenaan menarik perhatian netizen, sekali gus mengundang pelbagai reaksi di laman sosial.

Video berkenaan dirakamkan berhampiran Denpasar, Bali oleh individu dikenali sebagai Andrawan dan dikongsi menerusi laman instagramnya @andrawan_ari.

Menurut Andrawan, dia merakam video berkenaan sekitar pukul 5 pagi untuk melihat matahari terbit dan hanya menyedari bentuk unik awan itu setelah melihat video itu secara berulang kali.

Walau bagaimanapun, Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia menjelaskan fenomena awan itu dikenali sebagai awan kumulus.

“Bentuk awan berkenaan dipengaruhi oleh proses cuaca iaitu pergerakan angin, wap air, dan jumlah wap air di kawasan berkenaan,” ujar BMKG.

Secara saintifiknya, awan kumulus adalah merupakan tompokan awan dengan dasarnya rata dan struktur atas yang berbonggol-bonggol.

Dalam bahasa Latin, Kumulus juga dikenali sebagai ‘timbunan’ atau ‘gumpalan’.

“Ia terjadi akibat proses perolakan.

“Ia juga terbahagi kepada tiga jenis iaitu awan strato kumulus iaitu awan kumulus yang baru terbentuk; awan kumulus dan awan kumulonimbus iaitu awan kumulus yang sangat besar dan mungkin terdiri beberapa awan kumulus yang bergabung menjadi satu,” memetik laporan Harian Metro.

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan...

Berita Berkaitan

Perkahwinan Dibatalkan Hanya Kerana Pengantin Lelaki Gagal Hafal Sifir Dua

TIDAK ramai terfikir mereka perlu mengambil ujian matematik pada hari perkahwinan mereka. Namun seorang bakal pengantin lelaki dipaksa lakukan demikian sebaik tiba di rumah pengantin...

COVID-19: Suntikan Tambahan Moderna Berkesan Terhadap Varian Afrika Selatan

MODERNA mengesahkan data percubaan awal menunjukkan bahawa dos ketiga meningkatkan imuniti terhadap varian COVID-19 yang dikesan di Brazil dan Afrika Selatan. Dos ketiga itu tidak...

Pelantar minyak Velesto ‘Naga 7’ tenggelam, 101 krew selamat : Laporan

KUALA LUMPUR - Sebuah pelantar minyak laut dalam milik Velesto, Naga 7 berdekatan perairan Sabah dan Brunei dilaporkan tenggelam susulan kerosakan pada salah satu...