Hadi Awang Dimasukkan Ke IJN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini sedang menerima rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN), kata setiausaha politiknya, Syahir Sulaiman.

Dalam satu perkongsian di laman Facebook rasmi Abdul Hadi, malam ini, Syahir berkata, beliau akan menerima rawatan selama beberapa hari.

“Adalah dimaklumkan bahawa YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kini sedang menerima rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN), atas nasihat doktor bagi tempoh beberapa hari.

“Marilah kita berdoa agar YB Dato’ Seri Tuan Guru dikurniakan kesembuhan dan kesihatan untuk terus berkhidmat kepada ummah. Terima kasih,” katanya

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan bila Abdul Hadi dimasukkan ke IJN dan punca beliau dirujuk ke pusat rawatan berkenaan.

Pada 15 Februari lalu, Abdul Hadi dimasukkan ke Hospital Putrajaya selepas dilaporkan sesak nafas sebelum dipindahkan ke IJN untuk rawatan lanjut.

Beliau dibenarkan keluar beberapa hari kemudian selepas menerima rawatan.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat