Rohingya: PAS Selangor Desak Mahathir Jawab Pendedahan Zahid

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diminta tampil untuk menjelaskan berhubung dana yang disumbangkan untuk pelarian Rohinga di negara ini.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir melalui ciapan di Twitter berkata dana berjumlah Rm218 juta itu telah disumbangkan oleh Kerajaan Qatar.

“Datuk Seri Ahmad Zahid dakwa USD50 juta (RM218 juta) telah disalurkan oleh kerajaan Qatar kepada kerajaan Malaysia untuk kebajikan pelarian Rohingya.

“Dana dirunding waktu BN kerajaan dan diterima semasa PH memerintah. Mana duit tu? Kemana dibelanjakan?
Mungkin Tun dan Guan Eng tahu,” soalnya memetik kenyataan tersebut.

Roslan melalui kenyataan yang sama turut berkongsi pautan Facebook kenyataan bekas timbalan perdana menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung dana tersebut.

Pada hantaran bertarikh 25 November 2018, Dr Wan Azizah menulis: “Saya mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan terima kasih kepada beliau atas sumbangan AS$50 juta (RM218 juta) Kerajaan Qatar untuk program bantuan pelarian Rohingya.”

Terdahulu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut membangkitkan isu yang sama sambil menafikan dana sumbangan daripada Qatar Development Fund itu dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

“Ada beberapa perkongsian di Facebook menuduh saya telah menerima dana dari Qatar Development Fund dan dimasukkan ke akaun persendirian.

“Tuduhan ini jelas fitnah dan bertujuan mengaibkan saya,” katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.

Menurutnya, walaupun Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengusahakan bagi mendapatkan dana tersebut.

Namun kerana peralihan kuasa pemerintahan sumbangan tersebut telah diberikan kepada PH selaku kerajaan yang memerintah pada masa itu.

“Qatar berbesar hati memberi penajaan terhadap isu Malaysia ketika itu.

“Namun kerajaan (BN) ketika itu tidak menerima apa dana atau bantuan bagi membantu Rohingya. Sehinggalah tampuk di Putrajaya berubah,” katanya.

Sebaliknya, Ahmad Zahid berkata “dana sebanyak AS$50 juta diterima ketika Pakatan Harapan menguasai Putrajaya.”

Zahid turut menggesa PH memberikan penjelasan terperinci mengenai dakwaan dana dari Qatar ini.

“Malah Duta Qatar Essa Mohamed juga menyatakan kerajaan Qatar telah mengikrarkan AS$50 juta (RM198.9 juta) bagi membantu masyarakat Rohingya di Malaysia.

“Kenyataan ini dikukuhkan dengan kedatangan Pengerusi Yayasan Qatar bagi Pembangunan Pendidikan, Sains dan Komuniti (QF) dan Pendidikan Yang Penting (EAA), YAM Sheikha Moza Nasser ke Malaysia dan lawatan ke pusat pembelajaran anak pelarian,” dakwanya. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat