Jabatan Pertahanan Amerika Siar Rakaman Video Didakwa Mungkin UFO

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon secara rasminya telah mengeluarkan tiga video pendek menunjukkan “fenomena udara yang tidak dikenalpasti (unidentified aerial phenomena) yang sebelum ini telah disiarkan oleh sebuah syarikat swasta.

CNN melaporkan video itu menunjukkan objek terbang yang tidak dapat dikenal pasti sedang bergerak laju ketika dirakam kamera inframerah. Dua video itu mengandungi perbualan juruterbang tentera AS mengenai maklum balas terhadap objek terbang itu, dengan salah satu suara menspekulasikannya sebagai dron.

Pentagon sebelum ini mengambil maklum video tersebut pada September tahun lalu.

Jurucakap Pentagon Sue Gough dipetik CNN berkata video itu dikeluarkan Pentagon sekarang “dengan tujuan menjelaskan salah faham oleh orang ramai sama ada rakaman yang beredar itu benar atau tidak, atau sekiranya terdapat perkara yang lebih lagi daripada video itu.

“Setelah penilaian menyeluruh, jabatan pertahanan telah memutuskan bahawa pengeluaran yang dibenarkan daripada video yang tidak diklasifikasikan sulit ini tidak mendedahkan sebarang sistem atau kemampuan sensitif.

“Dan tidak mengganggu siasatan selanjutnya mengenai pencerobohan ruang udara tentera oleh fenomena udara yang tidak dapat dikenalpasti,” kata Gough.

Tentera AS kini mempunyai garis panduan rasmi untuk cara juruterbangnya dapat melaporkan ketika mereka percaya telah melihat kemungkinan objek UFO.

Video itu pertama kali dikeluarkan antara Disember 2017 dan Mac 2018 oleh To The Stars Academy of Arts & Sciences, sebuah syarikat yang diasaskan oleh bekas pemuzik Blink-182, Tom DeLonge yang berkata ia mengkaji maklumat mengenai fenomena udara yang tidak dikenali.

Pada 2017, salah seorang juruterbang yang melihat salah satu objek yang tidak dikenali pada tahun 2004 memberitahu CNN bahawa ia bergerak dengan cara yang tidak dapat dijelaskannya.

“Ketika saya mendekatinya … cepat-cepat ia laju menuju ke arah selatan, dan menghilang dalam waktu kurang dari dua saat,” kata juruterbang Angkatan Laut AS yang sudah bersara David Fravour.

“Ini sangat mendadak, seperti bola ping pong, memantul dari dinding. Ia akan memukul suatu arah dan pergi melantun ke arah sebaliknya.”

Walaupun begitu, Luis Elizondo, bekas ketua program rahsia pertahanan, dilaporkan memberitahu CNN pada tahun 2017 bahawa beliau secara peribadi percaya “ada bukti yang sangat kuat bahawa kita mungkin tidak bersendirian (di dunia).”

“Pesawat ini – kami akan memanggilnya pesawat – menampilkan ciri-ciri yang tidak ada dalam inventori AS dan juga inventori asing yang kami ketahui,” kata Elizondo mengenai objek terbang yang mereka kaji itu.

Beliau dipetik CNN berkata mengundurkan diri daripada Jabatan Pertahanan pada tahun 2017 sebagai protes atas kerahsiaan mengenai program mengkaji objek terbang itu.

Reid menulis ciapan di Twitter pada hari Isnin, berkata beliau “gembira” Pentagon mengeluarkan video tersebut secara rasmi, tetapi berkata itu hanyalah permukaan daripada bahan dan penyelidikan yang dimiliki kerajaan.

“Amerika Syarikat perlu meneliti secara serius mengenai perkara ini dan potensi kesannya terhadap keselamatan negara,” katanya.

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan jawatan...

Berita Berkaitan

Tular Video Peniaga Melutut Rayu Bertemu MB Kedah Bertujuan Tidak Baik – Afnan Hamimi

ALOR SETAR - Penularan klip video memaparkan seorang lelaki yang didakwa melutut dan merayu untuk bertemu Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor bagi meluahkan...

Kes Covid Melonjak, 4,498 Jangkitan Baru & 22 Kematian Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Kes baharu COVID-19 hari ini merekodkan angka membimbangkan iaitu sebanyak 4,498 kes. Kementerian Kesihatan menerusi Twitter memaklumkan, ia merupakan pertambahan hampir 1,000...

Bersatu Siasat Dakwaan Pemimpin, AJK Bahagian Di Johor Letak Jawatan

JOHOR BAHRU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor akan membuat siasatan dalaman berhubung dakwaan peletakan jawatan beberapa kepimpinan dan ahli jawatankuasa Bersatu Bahagian...