Terselamat Dari Covid-19, Doktor Ini Kemudian Mati Bunuh Diri

- Advertisement -

New York: Seorang doktor kecemasan sebuah hospital di New York yang kembali bertugas merawat pesakit setelah sembuh dari Covid-19, mati akibat membunuh diri, lapor CNN.

Dr. Lorna Green, 49 tahun mati sebagai hero kata ayahnya, Phillip Breen, seorang pakar bedah yang telah bersara.

Bertugas di bahagian kecemasan sebuah hospital di New York, negeri yang menjadi pusat tumpuan wabak Covid-19 paling tinggi di Amerika Syarikat, kematian Green dikaitkan dengan tekanan dan kemurungan.

Menurut bapanya, sebaik kembali bertugas setelah sembuh dari Covid-19, anaknya tidak mampu untuk melalui syif selama 12 jam. Begitupun, tetap meneruskan tugas kerana mahu membantu rakan-rakannya.

Sebelum kematiannya, Lorna pernah dimasukkan ke hospital kerana keletihan dan dirawat selama seminggu.

Lorna turut dianggap hero di hospital tempat dia bertugas. Jurucakap hospital berkenaan berkata “Tiada perkataan boleh menggambarkan rasa kehilangan kami hari ini”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat