Ambil Peluang PKP 4 Untuk Terus Trend Penurunan Positif Covid-19 – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sempena dengan permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa ke 4 hari ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri mahu semua rakyat terus mematuhi arahan kerajaan, untuk menurunkan kes positif Covid-19.

Kata Ismail di laman Facebook beliau, “Kita dapat lihat kemajuan yang ketara pada PKP 3 bermula 14 hari lepas, bukan sahaja kita dapat meratakan lengkuk atau ‘flattening the curve’ tetapi penurunan yang konsisten terhadap kes positif jangkitan COVID-19”.

Beliau percaya rakyat Malaysia dapat melakukan usaha ini bersama-sama.

Kata Ismail, beliau turut mahu usaha rakyat Malaysia ini dapat dijadikan contoh kepada dunia dimana kesepaduan dan fokus rakyat serta kerajaan hanyalah untuk memutuskan rantaian COVID-19 ini dan segera menamatkan krisis pandemik COVID-19 di negara ini.

“Kita hebatkan lagi graf penurunan kes positif COVID-19 pada PKP 4 ini”.

“Walau apa pun cabaran dan dugaan yang mendatang, saya harap rakyat terus fokus dan bersatu padu melawan virus yang berbahaya ini”, seru Ismail.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat