Asal Kena Saja, Politik, Takde Modal Lainkah?

- Advertisement -

EMAIL PEMBACA

ORANG pembangkang ini gamaknya memang tidak boleh kantoi buat salah. Kalau buat salah macam mana pun tetap nak dikaitkan dengan politik.

Dia yang buat onar, kenapa politik pulak yang dikaitkan bila tindakan diambil?

Kes anu tembus anus politik, sebar benda tak betul politik, dedah dokumen rahsia politik, sudahnya, apa yang tak politik?

Macam ini baik buat satu undang-undang yang orang pembangkang imun dari apa bentuk pendakwaan sebab semua pun akan kait politik.

Tapi menariknya, masa depa kerajaan, berlambak kes dimana orang pembangkang masa itu di dakwa dengan pelbagai tuduhan, yang orang dia tengah-tengah bicara pun kes boleh digugurkan, ramai pulak tu.

Tak pulak sesiapa menyalak politik?

Dengan pendakwaraya zaman itu mengaku dia adalah lantikan politik pulak lagi. Terang lagi bersuluh tu.

Ini hipokrit tahap macam mana? Ke nak cari simpati?

Sebetulnya, teknik dan taktik ini sudah basi. Ramai orang celik mata dah sekarang ni, bukan mudah dibodoh bodohkan semacam dulu.

Lebih lagi bila rakyat boleh buat perbandingan macam mana masa jadi pembangkang, macam mana pulak selepas jadi kerajaan (dan jadi pembangkang semula).

Dulu tak ada.

Elok guna taktik lainlah, apa tak muak ke guna taktik sama ulang-ulang zaman berzaman?

Cubalah gentleman sikit boleh? Biar proses undang-undang tu berjalan, kalau di pihak yang benar, nak takut apa?

Arif Mohd Ali
Chenor, Pahang

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat