Fuziah Mengaku Tidak Bersalah

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Negeri (MPN) Pahang, Fuziah Salleh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat kenyataan menerusi Facebook yang boleh menyebabkan kegentaran awam pada awal bulan ini.

Selepas pertuduhan dibacakan Fuziah Salleh, 61, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret R Salini.

Mengikut kertas pertuduhan, Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan itu didakwa memuat naik kenyataan di laman Facebook milik Fuziah Salleh yang boleh menyebabkan kegentaran kepada orang awam.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di alamat JKR 4734, Jalan Tasek Utara Kuarters, Taman Imigresen, Johor Bahru pada jam 10 malam, 9 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Pada 12 April lalu, Fuziah memuat naik satu rakaman video memaparkan orang ramai menyerbu Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin Sultan Iskandar (CIQ) Johor Bahru.

Ketua Pengarah Imigresen Johor, Khairul Dzaimee Daud kemudian menjelaskan video berkenaan sebenarnya latihan kebakaran di CIQ pada 18 Disember 2018.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat