Najib tak dapat layanan istimewa seperti didakwa – penjara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang layanan istimewa diberikan kepada mana-mana individu termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di penjara.

Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Nordin Muhammad berkata, semua banduan diuruskan mengikut peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Sesiapa sahaja yang menerima hukuman dilayan sama mengikut peraturan ditetapkan.

“Ini termasuklah kepada Najib yang sedang menerima hukuman di Penjara Kajang, beliau tetap tertakluk kepada peraturan dan Akta Penjara 1995,” lapor Sinar Harian pada Jumaat.

Tegasnya, tindakan tegas akan diambil sekiranya dikesan ada pegawai penjara yang memberi layanan istimewa kepada banduan.

“Melanggar peraturan ditetapkan adalah perkara yang sama sekali tidak dapat diterima, sekiranya dikesan wujud perbuatan sedemikian, maka tindakan segera diambil.

“Soal ini kami di pihak penjara sama sekali tidak akan berkompromi, asas undang-undang kami sentiasa junjung tinggi,” katanya.

Pada Khamis, Wan Ji Wan Hussin yang juga merupakan seorang penceramah bebas mendakwa bekas Perdana Menteri itu menerima layanan istimewa di penjara.

Dia yang sebelum ini menerima hukuman di Penjara Kajang mendakwa Najib tidak memakai baju seperti mana banduan lain dan ditempatkan di ‘blok istimewa’, berbeza dengan dirinya.

Wan Ji bebas sepenuhnya pada 22 Mac lalu setelah beberapa bulan menjalani hukuman penjara ekoran sabitan kes hasutan yang dikaitkan dengan Sultan Selangor pada 2014 sebelum ini telah keluar penjara pada 1 Januari lalu melalui Program Pembebasan Banduan Secara Berlesen (PBSL).

Pada 23 Ogos 2022, media melaporkan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat