Natasha Hudson nikahi teman lama

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelakon dan usahawan, Natasha Hudson selamat diijabkabulkan dengan Muhammad Harits Jasmin atau lebih dikenali dengan nama Jay Jasmin di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Bangi, petang kelmarin.

Pada majlis nikah patuh prosedur operasi standard (SOP) yang dihadiri 10 ahli keluarga terdekat, pelakon filem Chermin itu menerima mas kahwin RM300 dan bertukar dulang hantaran.

Pasangan mempelai kemudian diraikan pada majlis santai di kediaman ibu Jay di Bangi.

Natasha atau nama penuh, Natasha Liana Hudson, memberitahu dia tidak meminta wang hantaran.

“Jay kenalan lama saya. Kami tidak mahu bercinta lama. Keluarga pun sudah saling mengenali. Kami putuskan untuk mempercepatkan perkara baik ini.

“Satu perkara, biarpun saya pernah melalui fasa hidup berumah tangga, Jay sangat memahami. Saya juga tidak mahu berada dalam kehidupan silam.

 

Natasha selamat diijabkabulkan dengan teman lamanya, Jay di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor, petang kelmarin. Foto Ihsan Natasha Hudson
Natasha selamat diijabkabulkan dengan teman lamanya, Jay di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor, petang kelmarin. Foto Ihsan Natasha Hudson

 

“Semoga ikatan ini menuju kepada pengakhiran yang baik… Insya-Allah,” katanya.

Natasha berkata, dia dan suami berkongsi minat sama dalam aktiviti lasak dan sukan.

“Akhir tahun lalu, saya pergi ke Langkawi bagi menguruskan pembukaan pusat memanah. Suami pula mengendalikan perniagaan luncur ombak di pulau peranginan itu.

“Akhirnya, kami jadi rakan perniagaan demi menjadikan pulau pelancongan di Kedah itu sebagai tarikan. Sekarang, kami jadi teman sehidup semati pula.

“Insya-Allah, minggu depan, kami akan pulang ke Langkawi. Saya akan terus menetap di sana. Tetapi anak saya tidak ikut kerana bersekolah di Kuala Lumpur,” katanya.

Mengenai perancangan berbulan madu, kakak kepada Tania Hudson ini menjelaskan, dia dan suami belum memikirkannya.

“Lagipun hendak tiba Ramadan, tidak lama lagi. Tengoklah, mungkin selepas Aidilfitri,” katanya.

Mengenai cahaya mata, baik suami mahupun Natasha, masing-masing hanya berserah.

Sebelum ini, Natasha pernah berkahwin dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,598FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat