Dah berhijab, Oktovia Manrose teliti pilih watak

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Saya sedar peredaran masa sudah banyak berubah begitu juga dengan situasi industri seni tanah air kita.

“Saya akui, memang ada sesetengah babak yang pelakon perlu buat disebabkan tuntuan daripada produksi. Tapi, kita juga ada hak dan pilihan untuk menjaga batas”.

Begitulah kata pelakon Oktovia Manrose meluahkan kegusarannya terhadap senario drama tempatan yang dilihat banyak memaparkan aksi melampau sehingga sanggup membelakangkan budaya Melayu dan agama Islam.

Oktovia atau nama penuhnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman turut berhati-hati ketika awal pembabitannya dalam dunia lakonan. Malah, dia juga mengambil masa lama sebelum bersetuju menerima sesuatu tawaran.

“Sebenarnya perkara berkenaan boleh dibawa berbincang dengan pengarah. Saya akui, pernah juga minta pada pengarah untuk tidak melakonkan babak yang saya tidak selesa.

“Alhamdulillah, mereka sangat memahami dan okay saja. Dulu memang saya takut nak buat perkara sedemikian, namun dunia sekarang sangat berbeza.

“Muncul ramai pelakon yang berani beraksi ‘daring’ dan mungkin banyak dipengaruhi orang sekeliling atau terikut-ikut dengan budaya barat,” katanya.

Terdahulu, Oktovia ditemui pada pelancaran Kempen Ramadan Syawal 1443H dan Aplikasi Terbaharu TV Alhijrah di Hotel Premiera, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sejak membuat keputusan untuk berhijab, Oktovia juga mengakui dia mula bersikap selektif dalam memilih watak.

Bersesuaian dengan penampilan terbaharunya yang menutup aurat, Oktovia enggan lagi melakonkan watak yang kurang sesuai sebagai wanita muslimah.

“Saya ada dapat beberapa tawaran, tetapi disebabkan penampilan saya kini dah berhijab, rasanya dah tak boleh bertindak sesuka hati seperti dulu.

“Saya akui dulu lakonan saya banyak yang ‘daring’. Bila dah bertudung sekarang ini, takkanlah saya nak buat perkara macam itu lagi.

“Memang agak susah sebab saya perlu memilih watak, tetapi kalau ia sudah ditakdirkan pasti ada rezeki saya, InsyaAllah, tentu akan ada peluang untuk saya nanti,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,601FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat