PM Nasihat Jangan Letak Jawatan, Menteri UMNO Mesyuarat Lagi

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menasihatkan ahli Parlimen UMNO dalam kabinet supaya kekal memegang jawatan masing-masing sehingga Parlimen dibubarkan.

Menurut sumber Putrajaya, beberapa Menteri UMNO yang diketuai oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Naib Presiden UMNO, telah bertemu dengan Muhyiddin di Pejabat Perdana Menteri petang tadi bagi menyatakan hasrat meletak jawatan secara enbloc.

Bagaimanapun Perdana Menteri meminta mereka mempertimbangkan semula hasrat tersebut bagi menjaga kebajikan rakyat dalam perang menentang pandemik Covid-19.

Antara yang turut hadir dalam pertemuan tersebut dikatakan Ketua Wanita UMNO yang juga merupakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad. Noraini dikatakan kecewa dengan ucapan Presiden UMNO yang secara terbuka menyindir beliua dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2020 semalam.

Ismail dikatakan akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan Menteri dan Timbalan Menteri UMNO malam ini bagi membincangkan semula pandangan Perdana Menteri.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat