Kerajaan Rugi RM1.25 Juta Sehari Kerana Keputusan Tangguh Penjajaran Semula ECRL

PUTRAJAYA – Kerajaan menanggung kerugian kira-kira RM1.25 juta sehari ekoran keputusan kerajaan negeri Selangor menangguhkan persetujuan penjajaran semula projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kata Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Mohd Zuki berkata projek kereta api mega kerjasama Malaysia dan China itu tertangguh kira-kira setahun dan mungkin berlanjutan sekiranya kerajaan negeri Selangor mengekalkan pendirian tersebut.

“Saya harap kerajaan negeri Selangor memberi keputusan tentang jajaran mana yang diputuskan.

“Bagi saya, tidak ada alasan untuk kerajaan negeri Selangor menangguhkan keputusan mereka kerana kita (MRL) sudah memberi semua penjelasan berkaitan projek,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku karyanya bertajuk ‘365 Hari: Aspirasi dan Cabaran Mohd Zuki Ali’, di sini hari ini.

Memperincikan tentang ECRL itu, Mohd Zuki berkata projek yang dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2026 terbahagi kepada tiga seksyen iaitu Seksyen A (Kota Bharu-Dungun), Seksyen B (Dungun-Mentakab), dan Seksyen C (Mentakab-Pelabuhan Klang).

“Seksyen A sudah selesai manakala Seksyen B sudah selesai dari segi perancangan dan urusan untuk meneruskan projek,” katanya.

Kerajaan negeri Selangor dilapor mempertahankan pendirian untuk tidak bersetuju dengan cadangan penjajaran semula ECRL melibatkan Seksyen C walaupun MRL telah memberikan penyelesaian dan mitigasi yang melibatkan perlindungan alam sekitar, meminimumkan kesan sosial dan meningkatkan kesalinghubungan kereta api.

Selain menanggung kerugian besar, Mohd Zuki menzahirkan kebimbangan sekiranya projek rangkaian kereta api itu terus tertangguh, berkemungkinan menjejaskan imej negara di mata China.

Susulan pendirian kerajaan negeri Selangor itu, beliau berkata memorandum berkaitan ECRL akan diserahkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong kepada jemaah menteri dalam masa terdekat bagi mencari penyelesaian terhadap penangguhan projek berkenaan.

Mengenai buku karya beliau, Mohd Zuki yang juga Ketua Setiausaha Negara (KSN) berkata buku itu berkisar tentang cabaran yang dihadapinya sebagai KSN ke-15, bermula dengan pergolakan politik dan disusuli pandemik COVID-19 yang menjejaskan ekonomi negara.

“Cabaran yang paling membimbangkan saya ialah cabaran dari sudut memulihkan semula ekonomi selain masalah kehilangan pekerjaan dalam kalangan rakyat,” katanya.

Mohd Zuki berkata buku autobiografi khas berkaitan pengalaman beliau serta kupasan pandangan terhadap sektor perkhidmatan awam yang kini di peringkat akhir penulisan, dijangka siap selewat-lewatnya hujung tahun ini. – Bernama

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan jawatan...

Berita Berkaitan

Tular Video Peniaga Melutut Rayu Bertemu MB Kedah Bertujuan Tidak Baik – Afnan Hamimi

ALOR SETAR - Penularan klip video memaparkan seorang lelaki yang didakwa melutut dan merayu untuk bertemu Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor bagi meluahkan...

Kes Covid Melonjak, 4,498 Jangkitan Baru & 22 Kematian Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Kes baharu COVID-19 hari ini merekodkan angka membimbangkan iaitu sebanyak 4,498 kes. Kementerian Kesihatan menerusi Twitter memaklumkan, ia merupakan pertambahan hampir 1,000...

Bersatu Siasat Dakwaan Pemimpin, AJK Bahagian Di Johor Letak Jawatan

JOHOR BAHRU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor akan membuat siasatan dalaman berhubung dakwaan peletakan jawatan beberapa kepimpinan dan ahli jawatankuasa Bersatu Bahagian...