Jenazah Empat Sekeluarga Dikebumikan Dalam Satu Kubur

- Advertisement -

KUALA LANGAT – Jenazah empat sekeluarga yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 4, Jalan Bentong-Raub, Pahang selamat dikebumikan dalam satu kubur, petang tadi.

Jenazah Allahyarham Marlianna Abdul Muid, 37, adiknya, Marlia, 36, dan dua kanak-kanak iaitu Muhammad Aisy Harraz Aziz, 7, dan anak Marlia, Muhammad Faizz Aryan Mohd. Faizuddin, 9, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Morib, Banting di sini, kira-kira pukul 4.45 petang.

Terdahulu, semua jenazah yang dibawa dari Hospital Bentong tiba di Masjid Jamek Jama’iyah Morib untuk disembahyangkan pada pukul 3.15 petang.

Suasana hiba menyelubungi kawasan tanah perkuburan itu dengan kehadiran puluhan ahli keluarga dan saudara mara Allahyarham.

Dalam kejadian pukul 4.10 pagi itu, empat sekeluarga itu maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler mengangkut kenderaan di Kilometer 4, Jalan Bentong-Raub, kira-kira 195 kilometer dari Kuantan, Pahang. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat