Fasa 2 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mulai 19 April

- Advertisement -

Fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan bermula 19 April ini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata janji temu akan mula diberikan melalui aplikasi MySejahtera, panggilan telefon dan SMS bermula 5 April ini, dua minggu sebelum pemberian vaksin COVID-19 fasa kedua dimulakan.

“Fasa kedua ini kita akan mulakan dengan keutamaan diberikan kepada warga emas,” katanya pada sidang media mingguan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hari ini.

Khairy berkata, setakat ini, dua juta daripada sembilan juta golongan sasaran untuk fasa kedua sudah mendaftar dan pihaknya yakin bilangan itu akan meningkat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat