Kerajaan Benar Hospital Swasta Beli Vaksin – Khairy

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memberi kebenaran kepada hospital swasta untuk mengadakan rundingan perolehan vaksin dengan syarikat pengeluar.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan hospital swasta berhubung perkara itu dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun, katanya, hospital swasta perlu berdepan realiti bahawa bekalan vaksin di seluruh dunia ketika ini tidak mencukupi.

“Cuma saya nak beri gambaran terhadap harapan hospital swasta dalam menguruskan perolehan vaksin kelak.

“Mereka andaikan bahawa bila kerajaan beri kebenaran untuk membeli vaksin daripada syarikat pengeluar, bekalan akan diterima dengan cepat.

“Justeru, orang berada yang sanggup bayar bagi mendapatkan vaksin secepat mungkin membayangkan mereka bakal menerima suntikan pelalian secara segera.

“Mungkin dalam tanggapan mereka, suntikan pelalian bagi yang mampu bayar ini bakal diterima seawal bulan ini atau bulan depan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), di sini, hari ini.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat