Wanita UMNO Akur, Teguh Bersama Presiden Dan Parti – Noraini

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pergerakan Wanita UMNO Malaysia  akan terus memberi kepercayaan kepada Presiden parti dan Ahli MKT dalam meneliti, mengkaji dan membuat keputusan politik yang terbaik.

Ianya bagi memastikan UMNO kembali menjadi pilihan rakyat dan pengundi.

Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, apa pun keputusan UMNO, ia adalah untuk memastikan kepentingan dan kedudukan parti kerana UMNO adalah sebuah pertubuhan yang bukansahaja memperjuangkan orang Melayu, Islam dan Raja-raja tetapi menyatukan semua bangsa.

“Wanita UMNO Malaysia akur dengan segala keputusan yang dibuat di dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

” Sebagai ahli parti, kami tetap akur dengan keputusan untuk tidak bersama Dap, PKR danPPBM dalam PRU-15 akan datang seterusnya UMNO kekal bertanding atas logo Barisan Nasional, tegasnya.

Dalam pada itu, Noraini juga berkata, sebagai tulang belakang parti, Wanita UMNO akan sentiasa memberikan seluruh komitmen terhadap perjuangan tanpa belah bagi. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat