DOF kekalkan momentum sektor perikanan negara, sumbang 0.7 peratus KDNK

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) terus mengekalkan momentum sektor perikanan, dengan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada RM9.18 bilion sehingga suku ketiga (Q3) 2025 berbanding RM8.94 bilion pada 2024, sekali gus mengekalkan sumbangan sektor ini sebanyak 0.7 peratus (%) kepada KDNK negara.

DOF dalam kenyataan berkata, peningkatan ini disokong oleh subsektor perikanan tangkapan yang meningkat daripada RM5.77 bilion kepada RM6.05 bilion (0.5%), manakala subsektor akuakultur mencatat RM3.14 bilion (0.2%).

“Kejayaan ini mencerminkan transformasi sektor perikanan yang lebih moden dan lestari, sambil mengukuhkan keterjaminan makanan negara dan memperkukuh peranan sektor perikanan sebagai penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi. Pencapaian ini juga sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI bagi pembangunan ekonomi inklusif dan lestari, ”kata kenyataan itu.

“Bagi menyokong keseluruhan sasaran dan hala tuju strategik DOF pada 2026, jabatan
menekankan pengukuhan budaya kerja berprestasi tinggi, berintegriti, dan berorientasikan hasil, selaras dengan amanat Ketua Setiausaha Negara (KSN).

“Komitmen ini merangkumi subsektor
perikanan tangkapan dan akuakultur, pemerkasaan penyelidikan dan pembangunan (R&D), penguatkuasaan yang berkesan, serta pemuliharaan sumber marin bagi memastikan ekosistem perikanan negara kekal produktif, terpelihara, dan relevan kepada keperluan rakyat, ”kata kenyataan itu lagi.

Dalam kenyataan yang sama, Ketua Pengarah Perikanan, Dato’ Hj. Adnan Hussain, menegaskan bahawa kejayaan 2025 adalah hasil sinergi antara kerajaan, komuniti nelayan, dan pemain industri.

Beliau menyifatkan pencapaian ekonomi ini sebagai asas kukuh bagi jabatan melonjak lebih jauh pada 2026, dengan fokus kepada pendigitalan sektor perikanan, pembangunan usahawan perikanan yang kompetitif, serta pelaksanaan program konservasi strategik.

Katanya, prestasi cemerlang tahun 2025 membuktikan bahawa usaha nelayan dan penternak bukan sahaja membekalkan makanan, tetapi turut menyumbang kepada ekonomi negara serta memastikan kelestarian sumber perikanan untuk generasi akan datang.

“Tahun ini, kita akan menekankan
inovasi dan produktiviti sebagai nadi utama, selaras dengan budaya integriti dan profesionalisme dalam setiap urusan.

“Bagi 2026, subsektor akuakultur menyasarkan pengeluaran sebanyak 530,000 metrik tan berbanding 510,000 metrik tan pada 2025, meningkat 3.92%. Sasaran ini disokong pelaksanaan program meningkatkan pengeluaran, termasuk ternakan, baka benih, dan bantuan kepada kumpulan sasar, ”katanya lagi.

Tambahnya, DOF menyokong hala tuju tersebut dengan memperkukuh pelaksanaan program konservasi perikanan strategik, termasuk kawasan perlindungan marin, santuari perikanan darat, dan zon konservasi perikanan, demi kesejahteraan komuniti perikanan dan kelestarian sumber negara.

“Semangat kebersamaan dan tadbir urus berintegriti akan menjadi asas menangani cabaran yang mendatang, sekaligus memastikan sektor perikanan terus menyumbang kepada kemakmuran ekonomi dan kestabilan bekalan protein negara,”tambahnya lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat