Umno Bukan ‘Lalat’ , Tapi ‘Ular Berbisa’ dalam Politik – Puad

- Advertisement -

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi, menolak dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan Umno sebagai sekadar ‘lalat’ dalam kerajaan perpaduan. Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa Umno adalah ‘ular berbisa’ yang masih berpengaruh dalam politik negara.

Puad menyelar Mahathir, dengan mendakwa bekas presiden Umno itu seolah-olah lupa bahawa beliau sendiri pernah cuba mengecilkan peranan Umno sebelum ini. Malah, menurut Puad, Mahathir juga pernah berusaha melemahkan Umno demi mengukuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Akhirnya dia dijadikan lalat oleh grup Muhyiddin. Dia diterajang daripada parti Bersatu kerana dituduh jadikan Bersatu lalat kepada DAP sehingga kalah teruk PRK Tanjung Piai.” kata Puad.

Beliau turut mengingatkan bahawa Bersatu mengalami kekalahan besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai pada November 2019, yang menyaksikan parti itu tewas kepada Barisan Nasional dengan majoriti 15,086 undi.

“Tun M terpaksa terbang ke sana ke mari macam lalat mencari tempat baru,”.

Menurut Puad, Umno tidak terkesan dengan gelaran ‘lalat’ yang diberikan oleh Mahathir. “UMNO tidak terkesan pun didakwa umpama lalat. UMNO terbukti ular berbisa di Nenggiri dan Mahkota.,” tambahnya.

Kenyataan Puad ini adalah sebagai tindak balas terhadap Mahathir yang sebelum ini menyamakan pemimpin Umno dalam kerajaan sebagai ‘lalat’, merujuk kepada kenyataan pemimpin DAP, Nga Kor Ming, mengenai Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh.

Sementara itu, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, ketika mengulas kenyataan Mahathir berkata: “Kami hormati usianya, tetapi bukan pendapatnya.”

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat