Upacara masukkan roh, mungkin PM tidak tahu – Pendakwah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin tidak tahu bahawa meletakkan “titik mata” atau “eye-dotting” pada kostum merupakan satu upacara memasukkan roh ke dalam kostum singa itu sebelum singa membuat persembahan, dakwa pendakwah terkenal Firdaus Wong Wai Hung.

Firdaus yang merupakan pendakwah Islam dari etnik Cina menganggap Perdana Menteri mungkin tidak diberi gambaran sebenar mengenai upacara tersebut.

“Saya percaya bahawa tidak mungkin PMX sebagai seorang Muslim akan redha dan sanggup melakukan upacara yang jelas mempunyai unsur khurafat sebagaimana yang dilaporkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Barangkali beliau tidak diberikan info yang tepat tentang upacara ‘eye-dotting’ itu. Wallahualam,” tulis Firdaus dalam catatan media sosialnya di akaun Facebook.

Dalam tulisan tersebut Firdaus turut memuatnaik video klip yang menunjukkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim telah hadir ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur anjuran Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China yang mana di akhir program itu, Perdana Menteri dan Timbalanya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijemput untuk menyempurnakan upacara ‘eye-dotting’ kepada dua kostum tarian singa.

Fidaus kemudiannya menerangkan bahawa upacara tersebur dikenali sebagai upacara 开光 (kāi guāng – buka cahaya) pada tarian singa.

“Upacara ‘eye-dotting’ atau ‘titik mata’ ini sebenarnya merupakan satu proses memasukkan roh ke dalam kostum singa itu sebelum singa itu membuat persembahan. Upacara ini juga dinamakan sebagai 点睛 (diǎn jīng – Titik mata) atau 开光 (kāi guāng – buka cahaya) dalam bahasa Mandarin.” tulis Firdaus lagi.

Pendakwah tersebut turut memetik rumusan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), tujuan titik mata singa adalah untuk membawa tuah dan mengelakkan bala menimpa persembahan tarian singa yang diadakan sempena acara perasmian, perayaan dan sebagainya.

“Adat Menitik Mata Singa merupakan satu adat-istiadat untuk membangkitkan semangat singa, membawa ‘ong’ yang baik, memanggil kemewahan, kesihatan, keharmonian dan kebahagian serta menghalau kejahatan,” tulis JKKN dalam artikel di laman rasminya.

Dalam tulisan tersebut, Firdaus turut memetik pandangan Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin yang berkata upacara menitik mata singa adalah ritual penting dalam budaya tarian singa, yang dipercayai ‘membangunkan’ singa yang baharu untuk persembahan dengan selamat.

“Dalam budaya tarian singa, apabila singa itu baharu, ia memerlukan satu upacara iaitu upacara mencelikkan mata. Singa tersebut dikatakan sedang ‘tidur,’ dan kita perlu ‘membangunkannya’ dengan mencelikkan matanya. Selepas ritual ini, baharulah singa itu boleh membuat persembahan,” kata Lee kepada TV Sarawak pada 19 Januari lalu.

Menurut pakar tarian singa 郑铭辉 Zhèng Míng Huī yang berpengalaman lebih 30 tahun, upacara titik mata ini bermakna singa itu telah dikurniakan tenaga langit dan bumi, dapat menangkis aura jahat dan membawa tuah.

“Generasi yang lebih tua percaya bahawa singa yang belum melalui upacara kāi guāng adalah seperti singa tanpa aura rohani. Dulu, singa begini dikenali sebagai ‘singa buta’, bermakna ia tidak mempunyai aura rohani dan tidak diberkati oleh dewa,” katanya dalam sebuah artikel terbitan See Hua Online pada 19 Januari 2017.

Pengurus Persatuan Tarian Naga & Singa Khuan Loke, Eric Fong pula berkata upacara titik mata adalah langkah terakhir sebelum ‘menghidupkan singa. Dakwat merah akan dilukis dari bahagian kepala singa itu dan sepanjang tulang belakangnya hingga ke ekornya yang bertujuan memperkasakannya untuk memenuhi tugasannya bagi membawa tuah, kesihatan, kemakmuran dan perlindungan.

Bagi Firdaus, walaupun tarian singa ini mungkin dilihat sebagai satu tarian tradisional masyarakat Cina tetapi asal usul tarian singa ini masih mempunyai elemen khurafat yang diamalkan sehingga ke hari ini.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat