Bersatu terus dipimpin Muhyiddin – Hamzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin meneruskan kepimpinan parti Bersatu sebagai Presiden.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, dalam menyusun langkah-langkah konkrit ke hadapan, Majlis Pimpinan Tinggi juga sebulat suara meneruskan perjuangan di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden.

“Bukan sahaja dalam konteks pemerkasaan parti secara menyeluruh, tetapi untuk tampil lebih kredibel, tegas dan berani dalam melawan fitnah jahat serta kezaliman kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” umum Hamzah.

Pada masa yang sama, kata beliau beberapa langkah bagi membugarkan Bersatu juga telah diambil antaranya dengan melantik tiga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi baharu iaitu Datuk Azman Nasrudin, Ahli Parlimen Padang Serai, Dr. Afif Bahardin, ADUN Taman Medan dan Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, Penolong Setiausaha Srikandi Malaysia.

“Selain itu, perubahan kepimpinan Bersatu di peringkat negeri juga turut dilaksanakan di mana Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu Selangor baharu.

“Manakala Mohamad Hanifah Abu Bakar pula dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan baharu.

“Parti mengucapkan terima kasih atas khidmat bakti Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Datuk Abdul Rashid Asari yang memimpin kedua-dua negeri tersebut sebelum ini.

“Selain itu, beberapa lantikan Pegerusi Biro baharu juga telah dilunaskan iaitu Datuk Dr. Radzi Jidin (Biro Ekonomi); Datuk Seri Saifuddin Abdullah (Biro Antarabangsa); Datuk Azman Nasrudin (Biro Pendidikan) dan Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (Biro Latihan) serta Fadzillah Mohd Pilus dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin yang baharu,” umum Hamzah lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat