Simu Liu seru masyarakat ambil vaksin, dos penggalak

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Bintang filem Shang-Chi, Simu Liu menyeru agar masyarakat mengambil vaksin dan dos penggalak Covid-19 untuk mengelakkan risiko jangkitan virus itu.

Liu menerusi ciapan di Twitter berkongsi bagaimana dugaan dihadapi keluarganya apabila datuk dan neneknya meninggal dunia akibat virus itu tahun lalu.

“Saya kehilangan datuk dan nenek akibat Covid-19. Ketika itu, mereka masih lagi menunggu giliran untuk menerima vaksin.

“Saya bertuah kerana ketika saya dijangkiti Covid-19 dua minggu lalu, saya sudah menerima dua dos vaksin dan juga dos penggalak. Jadi, ia hanya demam biasa,” tulisnya.

Tambah Liu yang juga duta Unicef Kanada, kita bertuah kerana masih memiliki bekalan vaksin yang mencukupi.

“Media perlu berhenti sebarkan pendapat yang tidak sesuai dengan fakta dan sains. Sebagai duta Unicef Kanada, saya melihat sendiri bagaimana organisasi ini berusaha menghantar bekalan vaksin kepada keluarga yang tidak berkemampuan di seluruh dunia.

“Itu adalah peringatan kepada kita semua, betapa kita yang menetap di negara yang ada bekalan vaksin sangat bertuah. Jadi, tolonglah hargainya,” tulisnya.

Ciapan itu diulang ciap lebih 14,000 kali sejak ditulis semalam dan mendapat lebih 117,000 tanda suka daripada pengguna platform media sosial itu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat