Lebih 25,000 Warga Wilayah Persekutuan Terima Bantuan Beras Percuma Februari Ini

- Advertisement -

CYBERJAYA – Dijangkakan lebih 25,000 warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan menerima bantuan beras percuma bermula 1 Februari ini menerusi program MyBeras@Wilayah.

Program itu adalah inisiatif tambahan program MyFood@Wilayah yang diletakkan di bawah cakna kemiskinan selaras dasar Wilayah Prihatin.

Program yang diilhamkan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa itu akan dirasmikan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 1 Februari ini.

“Sumbangan bagi menjayakan program MYBERAS@Wilayah ini, dikumpulkan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) hasil dari perniagaan YWP, sumbangan korporat serta individu yang prihatin termasuklah dari YB Tan Sri TPr Annuar Hj.Musa sendiri.

“Jenis bantuan yang akan diberikan ialah satu kampit beras 5-kilogram bagi setiap keluarga yang layak. Rakyat boleh memohon sumbangan melalui kupon yang boleh diperolehi daripada Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) zon masing-masing seperti yang tertera di laman web: https://www.yayasanwp.org/myberas,” kata YWP, menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut YWP lagi, kupon yang berlainan warna dan tempoh sahlaku yang berbeza akan dikeluarkan setiap minggu bagi mengekang masalah lambakan bekalan beras, dan bagi mengelak masalah kesesakan untuk rakyat mendapatkan sumbangan ini pada satu-satu masa.

Langkah ini juga diambil bagi mengadaptasi norma baharu serta mengamalkan SOP yang dianjurkan Kementerian Kesihatan Malaysia selain dapat mengekang penularan wabak Covid-19 ini.

“Pihak YWP akan mengedar bantuan untuk rakyat melalui para MPPWP, 3 kali seminggu iaitu pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat sepanjang bulan Februari 2021. Walaubagaimanapun, tempoh agihan sumbangan ini akan dilanjutkan sehingga Jun 2021 sekiranya mendapat lebih banyak sumbangan dari orang ramai dan badan korporat.

“Bagi orangramai, syarikat, badan bukan kerajaan (NGO) serta badan korporat yang mahu memberi sumbangan wang atau sumbangan beras beserta sumbangan barangan keperluan (makanan kering), mereka boleh melakukannya melalui “Portal Penyumbang MYBERAS/MYFOOD” iaitu di http://yayasanwp.org.my/myberas-penyumbang .

“Melalui portal ini juga, sumbangan wang boleh dibuat secara online banking atau potongan kad debit/ kad kredit. Setiap sumbangan wang akan diberi resit pelepasan cukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Rakan strategik YWP bagi menjayakan Program “MYBERAS @Wilayah” ini adalah Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Labuan dan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) yang menguruskan pengedaran beras secara terus kepada rakyat,” kata kenyataan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat