Oleh Zihan Zari
PUTRAJAYA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengambil maklum mengenai penularan maklumat di media sosial dan
aplikasi ‘WhatsApp’ berkaitan pengeluaran ‘Kad Warga Emas Rasmi Malaysia’.
JKM dalam kenyataannya menafikan kesahihan maklumat tersebut dan tiada sebarang pengeluaran ‘Kad Warga Emas Rasmi Malaysia ’ oleh JKM.

“Penularan maklumat palsu ini boleh mengelirukan orang ramai terutamanya dalam kalangan warga emas dan ahli keluarga mereka.
“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat yang tepat, sahih dan terkini hanya melalui saluran rasmi JKM seperti berikut:
Portal Rasmi JKM : www.jkm.gov.my
Facebook : https://www.facebook.com/myjkmhq/ Instagram : https://www.instagram.com/jkmhq
Tik Tok : https://www.tiktok.com/@jkmhq
Laman X : https://x.com/jkmhq
“JKM juga sentiasa mengalu-alukan sebarang pertanyaan atau rujukan berkaitan perkhidmatan dan permohonan bantuan melalui Talian Kasih 15999, WhatsApp 019-261 5999 yang beroperasi 24 jam atau dengan menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berhampiran, ”kata kenyataan itu.
Ujarnya, kerjasama orang ramai untuk tidak menyebarkan maklumat tidak sahih amat dihargai bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan masyarakat terus terpelihara. – SUARA.TV



