Peter Anthony tinggalkan Warisan tubuh parti baru mesra GRS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Warisan (Warisan) didakwa kembali goyah apabila dua lagi pemimpinnya mengumumkan keluar meninggalkan parti.

Kali ini, Naib Presiden, Datuk Peter Anthony yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap meninggalkan Warisan dan akan menubuhkan sebuah parti baharu yang mesra kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Turut bersama Peter meninggalkan Warisan ialah ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim.

Memetik Utusan, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September tahun lalu, Peter mempertahankan kerusi DUN Melalap setelah memperoleh 5,694 undi bagi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Jamawi Jaafar yang memperoleh hanya 3,526 undi.

Bekas Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah itu adalah ADUN Warisan keempat mengumumkan keluar daripada parti pada tahun ini.

Tiga wakil rakyat Warisan yang keluar parti sebelum ini ialah ADUN Sebatik, Hassan A. Gani Pg Amir; ADUN Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob dan Ahli Parlimen Lahad Datu merangkap ADUN Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi.

Mohamaddin dan Hassan kemudian menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) manakala Dr. Yusof yang mengumumkan keluar Warisan pada 8 Oktober lalu masih kekal sebagai ADUN Bebas yang mesra kerajaan.

Selepas lima ADUN Warisan itu keluar parti, Warisan kini memiliki 17 kerusi DUN dan blok pembangkang tinggal 27 kerusi manakala, blok kerajaan termasuk ADUN Bebas dan ADUN Dilantik mempunyai 52 kerusi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat