Peruntukan RM34 Juta Sudah Disalurkan, Segerakan Agihan Kepada Mangsa Banjir – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kerajaan Pusat telah menyalurkan dana peruntukan berjumlah RM34 juta Bantuan Wang Ihsan (BWI) untuk diagihkan kepada 34,000 ketua isi rumah di negeri-negeri yang terjejas banjir.

“Dana yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk disalurkan kepada mangsa banjir itu perlu dipermudahkan dan disegerakan.

“Agihan BWI ini sudah mula diterima mangsa banjir semalam,” katanya, dipetik dari catatan di Facebook beliau hari ini.

Menurut beliau lagi, mesyuarat Task Force Pengurusan Pasca Banjir dan Kesiapsiagaan Menghadapi Gelombang Kedua Bencana Banjir yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali semalam memutuskan bantuan berkenaan akan dilaksanakan menerusi serahan tunai.

“Bagi memastikan mangsa banjir segera menerima BWI,” katanya.

Beliau menjelaskan, terdapat tiga kaedah penyaluran BWI iaitu serahan tunai di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), serahan tunai rumah ke rumah dan pemindahan tunai secara atas talian (EFT).

“Bantuan ini sudah mula diagihkan di peringkat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dengan kerjasama Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

“Usaha untuk mengesan mangsa yang belum berdaftar sedang giat dijalankan oleh PKOB dan ICU.

“Tiga kaedah yang digunakan akan mempermudah urusan penyaluran BWI dengan lebih efektif dan pantas,” ujarnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat