Syed Saddiq Botakkan Kepala?

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abd Rahman akan membotakkan kepalanya jika dana sebanyak RM200,000 untuk membeli laptop bagi pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan di kawasan parlimennya berjaya dikumpulkan dengan jayanya.

Menerusi perkongsian instagram miliknya, Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan telah berkongsi gambar tanpa rambut (botak) dan rata-rata pengikutnya terkejut dan ada yang memuji pendekatan yang diambilnya bagi membantu para pelajar memiliki laptop.

“Sabtu lepas, saya telah merancang #Botakchallenge bagi mengumpul dana untuk para pelajar di Muar yang kurang mampu,

“Kami menyasarkan dana yang akan dikumpulkan sebanyak RM200,000 untuk 100 buah laptop,

“Buat masa ini, kami telah memperolehi sumbangan sejumlah RM 61,410.00 dalam masa 24 jam, dan jika mencapai sasaran, saya akan botakkan kepala!”, tegasnya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat