COVID-19: Wanita Warganegara Malaysia Antara Lima Kes Baharu Di Singapura

- Advertisement -

SINGAPURA – Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan salah seorang daripada lima kes import COVID-19 di negara itu yang diumumkan pada Ahad, merupakan seorang warganegara Malaysia yang sedang menjalani Notis Tinggal di Rumah (SHN) di sebuah hotel di sini.

Menurut MOH, wanita itu dipindahkan ke sebuah fasiliti lain pada 20 Dis apabila kementerian itu melakukan siasatan terhadap 13 kes yang dilaporkan terdahulu, yang telah menjalani SHN di hotel yang sama pada 22 Okt dan 11 Nov.

Dalam data penuh dikeluarkan MOH lewat malam tadi, pemegang pas kerja yang dilabelkan sebagai kes 58,762 itu, telah menjalani ujian swab pada 19 dan 21 Dis dan keputusan COVID-19 beliau, adalah negatif.

“Keputusan ujian swab pada 24 Dis pada hujung SHN didapati positif dan beliau telah dirujuk ke hospital keesokkan harinya. Ujian pengesahan oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (NPHL) juga positif,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun kementerian itu menyatakan, sampel kedua yang diambil pada 26 Dis didapati negatif, dan ujian serelogikal juga negatif.

MOH menjelaskan yang siasatan dilakukan bagi memantau beliau yang tidak menunjukkan gejala itu, sama ada kes tersebut berkaitan dengan 13 kes import sebelum ini.

Kementerian itu pada 19 Dis menyatakan 13 kes import tersebut, didapati mempunyai kesamaan genetik yang tinggi, walaupun kes-kes terbabit tiba daripada negara berbeza termasuk Bahrain, Kanada, Indonesia, Myanmar, Belanda, Filipina, Korea Selatan, UAE, UK dan US.

Sehingga tengah hari Ahad, negara itu melaporkan sejumlah lima kes baru, dengan tiada kes melibatkan komuniti ataupun mereka yang tinggal di asrama pekerja, menjadikan jumlah keseluruhan kepada jangkitan di republik itu kepada 58,524.

MOH sehingga kini mengklasifikasikan 1,742 kes sebagai kes import, 2,276 kes komuniti dan 54,506 melibatkan pekerja asing tinggal di asrama.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat