Pelantikan Abd Manaf bukan imbuhan jatuhkan Ahmad Faizal – Saarani

“Terima Kasih UAE” Kata Hishammuddin

CYBERJAYA: Sumbangan kemanusiaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk mangsa banjir di negeri Pahang mendapat penghargaan terima kasih daripada Menteri Luar Negeri, Dato Seri Hishammuddin...

PERMAI masih belum cukup bantu rakyat : Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menganggap PERMAI masih kurang aspirasi dalam membantu rakyat supaya kekal tenang di rumah sekali...

Kerugian ekonomi harian PKP 2.0 lebih kecil

KUALA LUMPUR: Kerugian ekonomi harian susulan impak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dijangka lebih kecil berbanding yang dicatatkan semasa PKP pertama tahun lalu,...

MENJAWAB TUDUHAN 30 DALIL MENGAPA ZAHID HAMIDI PERLU BERUNDUR

Tuduhan 1: Kes Mahkamah Zahid Hamidi berhadapan dengan 87 kes mahkamah. Bagaimana UMNO hendak bangkit menjadi kuat. Jawapan: Ketika regim PH berkuasa dibawah Dr Mahathir, Zahid Hamidi...

Imam Masjid Shah Alam, Selangor Disahkan Positif COVID-19

SHAH ALAM: Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) Shah Alam yang juga qari terkenal, Abdul Karim Omar disahkan positif COVID-19 dan kini...

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad menafikan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baru, Datuk Abd Manaf Hashim sebagai Penasihat Khas Menteri Besar bertaraf EXCO sebagai satu imbuhan.

Saarani menegaskan ia tiada kaitan dengan Abd Manaf yang membawa usul undi percaya terhadap bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menyaksikan pengunduran Ahmad Faizal.

Beliau berkata, sebaliknya pelantikan Abd Manaf dilihat kepada kebolehan beliau khususnya dari sudut kekananan selaku ADUN, selain menepati kriteria terutama pengalaman dalam sektor korporat, termasuk pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Imbuhan apa? Tak da imbuhan. Tak da. Pelantikan itu biasa sahaja kerana tempat (jawatan penasihat khas) itu sudah dikosongkan oleh Datuk Zainol (Datuk Zainol Fadzi Paharudin). Jadi, saya perlu isikan jawatan itu dengan orang yang layak pada pendapat kita.

“Berasaskan pengalaman itu, kita lantik dia (Abd Manaf). Itu sahaja. Kita yakin kepada kebolehan beliau,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan prapelancaran Kempen Penanaman 100 juta Pokok peringkat negeri di Taman Eko Rimba Kledang Saiong, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahwan dan Koperasi negeri, Zainol Fadzi dan Pengarah Perhutanan Perak, Datuk Mohamed Zin Yusop.

Dalam sidang DUN sebelum ini, usul undi percaya yang dibawa Abdul Manaf yang juga ADUN dari UMNO menyaksikan Ahmad Faizal gagal memperoleh sokongan majoriti daripada 59 ADUN apabila hanya 10 yang menyokong usul itu, sementara 48 yang lain menolak, selain satu undi berkecuali.

Sementara itu, ditanya mengenai gesaan Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman kepada PAS sama ada mahu bersama Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN), Saarani yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Perak berkata, ia mungkin untuk memudahkan perancangan dibuat, selain mengelakkan kesilapan lama berulang.

“Saya fikir kerana dia (Tajuddin) perlukan hala tuju jelas untuk mengelakkan kelemahan dan kesilapan seperti sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu sehingga akhirnya kita dapati PAS tercicir, memandangkan pada masa itu PAS mengharapkan MN, sedangkan tiada MN di Sabah.

“Jadi, PAS berunding dengan BERSATU pada masa itu. Jika tiada hala tuju jelas, takut PAS tercicir lagi sebagaimana berlaku di Sabah,” katanya.

-BERITA HARIAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Berita Berkaitan

“Terima Kasih UAE” Kata Hishammuddin

CYBERJAYA: Sumbangan kemanusiaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk mangsa banjir di negeri Pahang mendapat penghargaan terima kasih daripada Menteri Luar Negeri, Dato Seri Hishammuddin...

PERMAI masih belum cukup bantu rakyat : Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menganggap PERMAI masih kurang aspirasi dalam membantu rakyat supaya kekal tenang di rumah sekali...

Kerugian ekonomi harian PKP 2.0 lebih kecil

KUALA LUMPUR: Kerugian ekonomi harian susulan impak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dijangka lebih kecil berbanding yang dicatatkan semasa PKP pertama tahun lalu,...