Penglibatan Zahid Dalam Majlis Presiden PN Untuk Pantau Dasar Kerajaan

Negara ASEAN perlu rangka dasar e-dagang rentas sempadan

KUALA LUMPUR: Negara-negara ASEAN perlu merangka dasar yang menyelaras peraturan e-dagang rentas sempadan bagi mengalakkan pembangunan ekonomi digital serantau dalam usaha menjadi komuniti digital...

Penstrukturan Semula: Mahkamah UK Bagi ‘Lampu Hijau’ Kepada Malaysia Airlines

KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines Bhd sudah mendapatkan kelulusan daripada Mahkamah UK bagi meneruskan proses penstrukturan semulanya. Malaysia Airlines...

‘Saya Akan Kembali’ – Trump

WASHINGTON: Donald Trump meninggalkan Rumah Putih buat kali terakhir beberapa jam sebelum penggantinya Joe Biden mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46. Trump, 74,...

Datuk, Rakan Serang Pelanggan Didakwa Esok

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan rakannya yang dilaporkan menyerang pelanggan sebuah restoran di Tropicana Avenue, Damansara pada 12 Januari lalu, akan...

“Tahniah Rakanku!” Ucapan Barack Obama Kepada Biden

KUALA LUMPUR : Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-44, Barack Obama menzahirkan ucapan tahniah kepada Joe Biden sempena majlis angkat sumpahnya sebagai Presiden AS...

PASIR SALAK – Penglibatan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Majlis Presiden kerajaan Perikatan Nasional (PN) bertujuan memantau dasar yang dilaksanakan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Ahmad Zahid kepada beliau.

“Saya sendiri bertanyakan kepada presiden parti mengenai penglibatannya dan beliau menjelaskan ia semata-mata memantau perjalanan pentadbiran kerajaan kerana wakil rakyat UMNO sendiri berada dalam kerajaan PN.

“Takkan UMNO tak perlu berbincang apa-apa isu jika ia berkaitan dengan kepentingan rakyat kerana apa-apa isu yang ditimbulkan rakyat, UMNO juga sama-sama menanggung beban dan terpaksa menjawab dengan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kelengkapan sekolah kepada 300 pelajar kurang berkemampuan pada Program Sejambak Kasih ‘Back-to-School’ di sini, hari ini.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak mengulas kenyataan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah pada Khamis lalu yang “malu” dengan keputusan “aneh” Ahmad Zahid menyertai Majlis Presiden PN memandangkan UMNO bukan ahli PN.

Sementara itu, Tajuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO berharap PAS dapat segera membuat keputusan sama ada mahu bersama-sama dengan Muafakat Nasional (MN) atau PN menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.

“PAS perlu buat keputusan dan menyatakan pendirian dengan jelas kerana kita tidak mahu kelam-kabut apabila hendak pilihan raya, baru nak buat keputusan.

“Bagaimanapun, kita tidak akan mudah kecewa (sekiranya PAS tidak mahu bekerjasama dengan UMNO), kalau terpaksa berdiri sendiri pun kita yakin kita boleh menang (PRU15) tetapi kalau boleh kekal kerjasama antara UMNO dan PAS, itu lagi baik,” katanya.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Anwar Minta Semua Ahli Parlimen Utus Surat Pada Agong Batalkan Darurat

CYBERJAYA: Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim menggesa kesemua Ahli-ahli Parlimen mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah agar membatalkan Pengisytiharan Darurat dan...

Berita Berkaitan

Negara ASEAN perlu rangka dasar e-dagang rentas sempadan

KUALA LUMPUR: Negara-negara ASEAN perlu merangka dasar yang menyelaras peraturan e-dagang rentas sempadan bagi mengalakkan pembangunan ekonomi digital serantau dalam usaha menjadi komuniti digital...

Datuk, Rakan Serang Pelanggan Didakwa Esok

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan rakannya yang dilaporkan menyerang pelanggan sebuah restoran di Tropicana Avenue, Damansara pada 12 Januari lalu, akan...

Penjaja, Peniaga Harap Kerajaan Johor Pertimbang Bantuan Insentif

JOHOR BAHRU: Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor Bahru, memohon kerajaan negeri agar mempertimbangkan pemberian bantuan insentif 'one-off' kepada lebih ramai...