Pemvaksinan COVID-19: Singapura Mulakan Dengan Pekerja Kesihatan Di NCID Pada 30 Dis

Bank Tukar Permohoman Moratorium Kepada Pemanjangan Pinjaman Sehingga 18 Tahun, Rugikan Pengguna

CYBERJAYA -- Peminjam pinjaman kereta kecewa apabila permohonan moratorium telah ditawarkan pemanjangan pinjaman. Ada yang dijadual semula pinjaman sehingga 216 bulan (18 tahun) berbanding...

Keputusan Berkaitan PKP Akan Dibuat Selepas Penilaian KKM – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Sebarang keputusan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas 4 Feb hanya akan dibuat setelah penilaian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata...

Orang Melayu Tak Daftar Jadi Pengundi Kerana Dirasuk Syaitan Penjajah – Abdul Hadi

PETALING JAYA - Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa kaum Melayu hari ini masih “dirasuk syaitan warisan penjajah” sehingga “paling lemah” mendaftar sebagai pengundi,...

Naik Kain Rentang Itu Kerja Orang Luar, Baling Batu Sembunyi Tangan – Shabery

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendakwa tindakan mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk...

Kesan Pandemik Covid-19 Dibincang Dalam Mesyuarat MKB Hari Ini – PM

KUALA LUMPUR - Kesan besar pandemik COVID-19 terhadap ekonomi negara yang turut melibatkan perniagaan Bumiputera merupakan antara perkara yang dibangkitkan Perdana Menteri Tan Sri...

SINGAPURA – Singapura akan mula melaksanakan pemvaksinan COVID-19 dengan pekerja kesihatan di Pusat Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit (NCID) pada 30 Dis ini, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu hari ini.

Menurut kenyataan MOH di sini, pemvaksinan akan turut dilaksanakan di lebih banyak institusi penjagaan kesihatan pada minggu berikutnya.

Singapore menerima penghantaran pertama vaksin daripada Pfizer-BioNTech pada 21 Dis lepas dan menjangkakan menerima stok vaksin COVID-19 berikutnya dalam tempoh beberapa bulan.

MOH berkata ia berhasrat memulakan pemvaksinan dengan golongan warga emas yang berusia 70 tahun dan ke atas pada Februari 2021.

“Selepas itu kita akan memvaksin rakyat Singapura lain dan penduduk tetap yang sudah lama berada di negara ini serta layak dari segi perubatan untuk pemvaksinan,” menurut kenyataan itu.

MOH berkata kerajaan Singapura hari ini menerima syor Jawatankuasa Pakar mengenai Pemvaksinan COVID-19 yang dikemukakan pada 24 Dis lepas berhubung strategi keseluruhan pemvaksinan.

Antaranya ialah semua individu yang menetap di Singapura termasuk warganegara dan penduduk tetap serta pemegang pas jangka panjang yang layak dari segi perubatan hendaklah divaksin.

Bagi memastikan akses kepada vaksin itu dan membolehkan republik tersebut mencapai kadar lebih tinggi pemvaksinan populasi, ia akan dilakukan secara percuma, menurut MOH.

Kementerian itu berkata Jawatankuasa Pakar juga telah mengendors penggunaan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Singapura bagi individu berusia 16 tahun dan ke atas.

Jawatankuasa itu juga mencadangkan bahawa pemvaksinan hendaklah dilakukan secara sukarela.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

Biden akan mengenakan semula larangan perjalanan ke AS

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden akan mengenakan semula larangan perjalanan COVID-19 kepada bukan warga Amerika Syarikat (AS) yang pernah ke Britain, Brazil,...

Pakar Perubatan Kanada Dakwa Ubat Gout Mampu Ubati COVID-19

OTTAWA: Sekumpulan pakar perubatan di Kanada mendakwa telah menemui ubat yang diambil secara oral yang dipercayai berkesan merawat COVID-19 dan mengurangkan risiko komplikasi penyakit...

Pesawat Bawa Pemain, Presiden Kelab Bola Sepak Brazil Terhempas

BRASILIA: Sebuah pesawat yang membawa presiden dan empat pemain sebuah kelab bola sepak Brazil terhempas sebentar tadi dalam kejadian di Tocantins. Dalam satu kenyataan pada...