Hadiah milik keluarga

- Advertisement -

SELEPAS sembilan minggu bersaing, nama penyanyi muda dikenali Aisha Retno diangkat sebagai Juara Rookie untuk musim pertama program realiti terbaharu TV3, Vokal Mania pada Sabtu lalu.

Berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, ternyata tidak menjadi matlamat utama buat penyanyi berdarah campuran Malaysia-Indonesia ini.

Baginya, pengalaman dan peluang yang diberikan adalah makna utama perjuangan dilalui sepanjang bergelar peserta dalam program realiti popular itu.

“Hadiah sebanyak RM30,000 itu adalah satu simbol kemenangan, namun semua ini tidak akan berlaku tanpa sokongan padu daripada keluarga saya,” katanya.

Kerana itu, dia menyimpan hasrat untuk ‘memberi’ semula kepada keluarganya, sekali gus sebagai tanda penghargaan diatas sokongan

mereka kepadanya selama ini.

“Saya masih muda dan belum pandai menguruskan wang. Jadi, saya akan serahkannya kepada keluarga untuk uruskan hasil kemenangan ini.

“Selain keluarga di sini, saya nak kongsikan juga bersama anggota keluarga di Indonesia juga. Kalau kita dah dibenarkan keluar negara, saya menyimpan impian untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci,” katanya.

Ditanya mengenai persembahannya di pentas akhir Vokal Mania, Aisha menjelaskan dia rasa puas dan pada masa sama, ingin menontonnya semula jika ada ruang untuk penambahbaikan.

“Saya berpuas hati dengan persembahan pada malam kelmarin. Tapi, itu dari sudut saya sebagai penyanyi. Jadi, saya nak tonton semula video persembahan dan lihat kalau ada apa-apa yang boleh diperbaiki,” katanya.

Terbaru, Aisha akan hadir dengan single baharu yang akan menjadi lagu OST, menjelang pertengahan Januari 2021.

“Insya-Allah, pada 15 Januari tahun depan, saya akan lancarkan single yang juga OST untuk satu karya seni istimewa. Kali ini, saya berkolaborasi dengan komposer, Farouk Roman dan Amylea Azizan.

“Jadi, saya mengharapkan kehadiran lagu baharu ini nanti akan disambut baik oleh peminat muzik tanah air. Terima kasih menyokong saya,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat