Xiaomi sah ikuti Apple tidak sertakan pengecas

- Advertisement -

Pengeluar telefon pintar terkenal, Xiaomi hampir pasti akan mengikuti langkah Apple untuk tidak menyertakan pengecas bagi peranti baharu keluaran mereka.

Perkara itu turut disahkan syarikat itu sendiri apabila mereka menyatakan tidak menyertakan pengecas di dalam kotak Mi 11.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lei Jun dalam satu portal berita teknologi antarabangsa menyatakan bahawa Mi 11 akan hadir dengan rekaan kotak yang baru, nipis dan ringan.

Beliau berkata, kehadiran pengecas tidak mesra alam dan ia boleh membahayakan alam sekitar dalam jangka masa panjang.

“Keputusan itu dibuat mengikut piawaian antarabangsa supaya peranti pintar yang dihasilkan lebih mesra alam,” katanya.

 

 

Pada masa sama, Xiaomi Mi 11 akan dilancarkan pada Isnin ini dan ia antara peranti kelas perdana yang dinantikan oleh umum memandangkan syarikat berkenaan sering meletakkan tanda harga mampu milik untuk peranti premium mereka.

Sebelum ini, beberapa syarikat pengeluar telefon pintar terkemuka menempelak langkah Apple untuk tidak menyertakan pengecas dan kini, langkah berkenaan diikuti oleh syarikat berkenaan.

Berdasarkan khabar angin, Mi 11 akan didatangkan dengan tetapan tiga lensa utama berkeupayaan 108 megapiksel menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 888 SoC.

Peranti itu juga akan disertakan dengan kapasiti memori (RAM) 12GB dan sistem operasi MIUI 12 berasaskan Android 11.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat