“Semua Menteri Jatuh Lubang, Jalan Makin Elok”

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin membayangkan sekiranya semua Menteri Kabinet jatuh lubang akan membuatkan jalan di negara kita semakin elok.

Beliau berkata demikian mengulas berkenaan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin cedera ringan selepas terjatuh dari basikal, akibat terlanggar lubang jalan.

Susulan kemalangan itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Langat tampil memohon maaf kepada Khairy yang cedera selepas basikalnya melanggar lubang di atas sebatang jalan raya di daerah tersebut hari ini.

Permohonan maaf itu dilakukan di Twitter rasmi Ahli Parlimen Rembau selepas beberapa jam Khairy Jamaluddin berkongsi mengenai insiden tersebut di media sosialnya.

JKR Kuala Langat berkata, mereka akan mengambil tindakan terhadap isu tersebut dengan segera.

Dalam pada itu, Nazir dalam ciapan di Twitternya berkata, “jadi mungkin elok pakat berdoa supaya lebih ramai menteri jatuh lubang.

Kenyataan beliau itu turut ‘tag’ nama
Menteri Kerja Raya yang terkini ialah Datuk Sri Fadillah Yusof, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat