Ruji ada kelebihan selesaikan isu dokumentasi rakyat Merotai

TAWAU – Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Merotai Datuk Ruji Ubi berikrar akan menyelesaikan isu dokumentasi rakyat di kawasannya yang tertangguh mahupun belum dimohon.

Menurut Ruji, ramai di Merotai berdepan isu dokumentasi yang mengambil masa lama—ada yang sehingga 5 tahun untuk mendapat kelulusan.

“Apa yang saya bantu selama ini hanyalah kes-kes genuine iaitu kes yang memang layak, lengkap dari segi dokumen, tetapi tertangguh kerana proses semakan yang panjang.

Ruji turut berkongsi kes, permohonan seorang itu sejak 2022 tidak bergerak hampir dua tahun walaupun sudah berulang-alik ke JPN dan semak melalui SSPK.

“Bila kita buat semakan semula mengikut prosedur yang betul, akhirnya kes ini dapat diselesaikan tahun ini.

“Begitu juga permohonan anaknya yang tertangguh selama 2 tahun sebelum ini,” katanya.

Menurut calon PKR itu, masih ramai yang menghadapi situasi sama.

“Jika diberi amanah, saya akan terus membantu kes-kes yang memerlukan perhatian sewajarnya,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat