Malaysia tetap pertahan palestin walaupun jalin kerjasama dengan AS – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan biarpun Malaysia menjalinkan kerjasama dengan pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) namun tetap teguh mempertahankan sokongan terhadap Palestin.

Anwar berkata, jalinan kerjasama tersebut tidak menjejaskan pendirian Malaysia dalam menyuarakan tuntutan hak rakyat Palestin.

“Kita sekarang menjalinkan semua hubungan dengan pasukan baharu (pentadbiran AS) setakat upaya kita.

“Namun, Malaysia sebagai negara merdeka dan berdaulat, pendirian kita dalam isu antarabagsa, termasuk keganasan, kezaliman, penindasan (dan) penjajahan di Palestin dan Gaza akan terus kita suarakan.

Beliau berkata demikian menjawab soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) mengenai risiko sekatan perdagangan dari AS susulan kelantangan Anwar mempertahankan hak rakyat dan negara Palestin, pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

“Saya tak fikir pertimbangan ekonomi sementara sangat penting boleh menjejaskan, mengurangkan atau mengekang pendirian kita dalam menyuarakan tuntutan hak keadilan buat rakyat Palestin, khususnya di Gaza,” katanya.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat